Komik Gaza Mini #5: Mimpi Ngeri Rakyat Palestin

· Iman Publication Sdn Bhd
4,9
24 reviews
E-boek
124
Pagina's

Over dit e-boek


“Beersheeba, Hebron, lari!!" teriak Gaza, apabila tanah Palestin mula dimasuki tentera British.


Siapa yang melawan, akan ditangkap! Rakyat jadi gempar apabila tanah Palestin dikuasai British. Yang tinggal buat orang Arab hanyalah janji kosong. Malah, rakyat ditekan dengan peraturan yang zalim, dan tanah-tanah Palestin pula dijual kepada Yahudi Israel.


Akibat rampasan kuasa tersebut, Gaza tercedera, Jerusalem ditangkap, dan kedai keluarga mereka diugut oleh tentera British.

Strategi licik British kini menjadi sebuah mimpi ngeri kepada rakyat Palestin.


Mampukah Gaza dan adik-beradiknya mempertahankan Palestin dan hak mereka?

Beoordelingen en reviews

4,9
24 reviews

Over de auteur

Saya IF Moses, pelukis Siri Komik Gaza. Sebelum anda pergi lebih jauh, cuma nak bagitahu satu perkara penting.


Sebutan IF tu bukan macam anda sebut perkataan ‘if’ ya. Yang betulnya, kena sebut ‘i’ kemudian ‘f’. Kemudian sebut Moses. Ya, baru betul cara sebut nama pena saya. 


Ouh ya, walaupun saya lahir di Manchester, United Kingdom, tapi darah yang mengalir dalam badan saya ini berdarah Melayu tau. Moses tu pula sebenarnya nama ayah saya yang kalau disebut dalam Bahasa Melayu ianya berbunyi Musa. IF pula?


Haaaa, rahsialah. 


Di bawah ini adalah karya saya yang diterbitkan bersama IMAN Publication:


Saya kongsikan tajuk penuh semua siri:

Siri 1 – Detik Awal Palestin Dijajah

Siri 2 – Palestin Terancam Angkara Khianat

Siri 3 – Duka Palestin Saat Jatuhnya Empayar Islam

Siri 4 – Strategi Licik British Merampas Palestin


Alhamdulillah, selepas 4 siri (ambil nafas dalam-dalam), berjaya juga terbitkan sambungan siri yang ke-5! Kali ini tajuknya ialah Mimpi Ngeri Rakyat Palestin.


Sila dapatkan cepat-cepat tau. 



Anda boleh kenali saya sebagai…. 


Pelukis komik yang berjaya (doakan!);


Mula berminat melukis komik kerana terpengaruh dengan cerita anime Naruto.

Saya pernah terbitkan sendiri zine saya selepas habis sekolah menengah. Tajuknya Piawai Hijab Kaum Hawa. Nampak sangat ke dulu saya sekolah agama? Hee. 

Saya tiada hobi lain selain daripada melukis (sebab saya sangat tidak bagus menulis. Sob)


Peminat sejati air kopi : 


Dalam banyak-banyak jenama kopi, hanyalah jenama Wonda berjaya menambat hati.

Saya sejujurnya pernah bercita-cita jadi duta muslimah kepada Wonda Coffe (atau mungkin duta kepada produk saya sendiri?) 


Peminat karakter Baymax:


Topeng yang saya pakai itu disebabkan mahu membuktikan saya ini peminat sejati Baymax.

Baymax bukan sekadar robot yang merawat sakit fizikal. Tapi juga merawat penyakit hati. Inilah ikon dakwah yang ideal kalau kita melihat dari kaca mata Islam. 


Anda boleh temui saya di Facebook, Instagram dan Twitter.

Dit e-boek beoordelen

Geef ons je mening.

Informatie over lezen

Smartphones en tablets
Installeer de Google Play Boeken-app voor Android en iPad/iPhone. De app wordt automatisch gesynchroniseerd met je account en met de app kun je online of offline lezen, waar je ook bent.
Laptops en computers
Via de webbrowser van je computer kun je luisteren naar audioboeken die je hebt gekocht op Google Play.
eReaders en andere apparaten
Als je wilt lezen op e-ink-apparaten zoals e-readers van Kobo, moet je een bestand downloaden en overzetten naar je apparaat. Volg de gedetailleerde instructies in het Helpcentrum om de bestanden over te zetten op ondersteunde e-readers.