Kundai atau sanggul Mina terlalu
berharga. Tidak ternilai. Pusaka yang menjadi kenangan terindah Mohamad
Ahadan. Bagi Mohamad, tiada sesiapa yang layak menyentuh sanggul Mina
itu. Keberanian seterunya, Mawar, telah mengubah segala-galanya. Yang
indah di hati, bertukar rusuh. Yang aman dirasa bertukar resah. Namun
kebijaksanaan Mawar akhirnya melentur sikap keras Mohamad selepas
kehilangan keluarganya. Mohamad Ahadan akhirnya sedar bahawa cuma Mawar
yang layak mewarisi pusaka Mina, emaknya.