Marco Polo

· PTS Publishing House Sdn. Bhd.
4.9
7条评价
电子书
280

关于此电子书

 Marco Polo adalah seorang pengembara yang paling terkenal kerana kisah perjalanannya ke China. Ketika Eropah sedang berada di zaman gelap, Marco Polo mencabar dirinya untuk keluar dari Venice dan menjelajah dunia.

Ketika itu, Eropah masih belum mengenali China. Marco Polo mengetepikan semua keraguan dengan mengembara sejauh kira-kira 7,000 kilometer ke timur semata-mata kerana dorongan ingin tahu.

Selepas 24 tahun berada di perantauan, akhirnya Marco Polo pulang ke Venice dengan membawa pengalaman yang dimuatkan dalam catatan kembaranya, The Travels of Marco Polo.

Catatan itu telah membuka laluan kepada dunia Eropah untuk mengenali China dan juga Asia Tengah. Kejayaan Marco Polo membangkitkan Eropah daripada tidur dan mula berlayar meneroka dunia. Catatan kembara itu bertanggungjawab mencorakkan perjalanan sejarah seperti yang dikenali pada hari ini.

Inilah kisah Marco Polo, seorang pengembara agung yang pernah muncul dalam sejarah peradaban manusia. 

评分和评价

4.9
7条评价

作者简介

 Al Ghazali Sulaiman berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.


Beliau merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010 anjuran Dewan Bahasa danPustaka. Karya kreatif dan non-kreatif beliau seringkali mendapat tempat di media massa.


Antaranya majalah Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, Tunas Cipta dan Pelita Bahasa. Juga di akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Harakah, dan Siasah.

Sehingga kini beliau sudah menghasilkan hampir 20 novel sejarah bersama dengan PTS. PTS adalah satu-satunya penerbit yang menerbitkan novelnya sehingga setakat ini. Baginya novel sejarah adalah sesuatu yang perlu bagi merapatkan pembaca dengan sejarah. Inilah jihad beliau. Untuknya, manusia yang mengingati sejarah adalah manusia yang bersedia untuk masa hadapan.

Dalam genre novel sejarah, beliau sangat menjaga fakta, dan ketebalan buku bukanlah syarat untuk dia. Baginya, biar buku tidak tebal, asalkan fakta yang terkandung di dalamnya benar dan sahih. Itu lebih utama kepadanya. 

Gaya penulisannya mudah difahami tetapi tetap mengekalkan keindahan langgam sasteranya. 

Kini beliaumenjadikan penulisan antara kerjaya tetapnya selain daripada mengusahakan bisnes kecil-kecilan.

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。