Catatan MatLuthfi

· Puteh Press
4.6
1.52K reviews
Ebook
241
Pages

About this ebook

 Kalau kalian suka baca diari orang, mungkin kalian suka baca buku ini, walaupun orang yang suka baca diari orang lain belum tentu dia pasrah bila orang terbaca diari dia.

Segala kisah-kisah mistik, fatamorgana, dan epik ada dalam buku ini (ha???). Namun sudah pasti tidak mampu menandingi kisah realiti dan pemerhatian tajam penulisnya.

Buku kedua Puteh Press ini pasti akan membawa pembaca mengenali sosok Matluthfi dengan lebih dekat dan lebih intim (koh koh), dan yang paling penting mengenal diri kalian sendiri. 

Ratings and reviews

4.6
1.52K reviews
Umar Ramzan
November 28, 2014
Himpunan tulisan Mat Luthfi dari blog, Facebook dan Twitter nya. Tulisannya santai dan macam biasa light-hearted. Sering mempunyai pemerhatian unik terhadap kejadian harian dalam hidupnya membuatkan kisahnya menarik. Setiap entiti ada mesejnya tersendiri. Reka bentuk serta susunan oleh penerbit juga sangat kreatif dan harus dipuji.
2 people found this review helpful
Did you find this helpful?
Farhain MY
November 24, 2014
Sebab karang sebuah buku yang budak architorture mampu habiskan dalam masa 4 jam. Dan mampu pause kejap dari dunia design dengan aktiviti selain makan (book contents were no kidding, big bang dalam kepala). Keep it up!
3 people found this review helpful
Did you find this helpful?
baby f
July 29, 2015
Aku ngn adik aku je kot yg rasa x best buku ni .haha.biase je kot..sorry fans matluthfi
3 people found this review helpful
Did you find this helpful?

About the author

 Jelasnya, Matluthfi berasal dari Utara. Walaupun sebilangan masyarakat memuji beliau kerana tidak lupa daratan atas pengekalan dialeknya, Matluthfi tahu perbezaan antara tidak lupa daratan dan tidak pandai berenang.

Apabila seseorang itu bertanyakan tentang usia, Matluthfi tahu soalan itu bukan daripada seorang peminat sejati; ataupun kemungkinan juga daripada seorang yang tidak pandai mengira kerana 'Matluthfi90', duh.

Matluthfi mula terkenal apabila video Mother's Day beliau di Youtube menjadi viral. Mak Matluthfi tidak gembira dengan berita ini kerana merasakan Mother's Day haram. Mak Matluthfi berkata, "Mother's Day bukan hanya sehari, tetapi hari-hari adalah Mother's Day."

Matluthfi merasakan mak beliau demanding kerana mahukan video pada setiap hari.

Di kala teman-teman sebayanya sibuk membina badan, Matluthfi sibuk membina jamban di Curtin University. Pada setiap kali Matluthfi berasa tertekan dengan kuliahnya, Matluthfi akan mengurut dada dan cuba mendapatkan inspirasi daripada Alumni yang telah berjaya mendapat Ijazah Doktor Falsafah dari sana - Datin Sri Rosmah Mansor.

Berkat sokongan daripada rakyat Malaysia, Matluthfi telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Shout Aloud Award, Digi WOW Award, dan Vlogger Terbaik daripada suami Alumni. Tetapi, anugerah yang paling dihargai oleh beliau adalah anugerah untuk berfikir dan menulis.

Dengan itu, lebih ramai yang boleh membaca...
...dan harapnya berfikir.

Apa guna anugerah jikalau tidak dikongsi, bukan?

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.