Himpunan 20 buah makalah dalam buku ini merupakan sumbangan kasih teman-teman sperjuangan dan bekas anak-anak didik beliau, khususnya pada peringkat Doktor Falsafah (PhD) dan Sarjana. Penerbit ini secara langsung memperlihatkan keluasan bidang ilmu yang telah diterokai oleh penyumbang-penyumbang makalah festschrift ini dan secara langsung mencapah minda pembacanya dengan pelbagai dapatan analisis dan kajian.
Namun demikian, sumbangan makalah ini terlalu kecil berbanding dengan limpahan jasa dan bakti beliau yang tidak ternilai dalam pelbagai bidang ilmu. Diharapkan agar permata ini terus bergemerlapan untuk mencahayai dan mewarnai persada seni budaya Melayu.