Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori

· PTS Professional
4.0
4 opiniones
Libro electrónico
240
Páginas

Acerca de este libro electrónico

 Sudah lima tahun Ismad tidak bertemu dengan bapa saudaranya, Ishak Mahyudin seorang usahawan Melayu yang berjaya membuka perniagaan katering di Christchurch, New Zealand. Ismad menerima berita gembira bahawa bapa saudaranya meminta dia datang ke New Zealand sempena cuti semester. Ismad, Fadzli dan Nazmie merancang untuk pergi ke New Zealand bersama-sama, memandangkan mereka baru pertama kali ke luar negara. Tujuan Fadzli ke New Zealand adalah untuk menemui abang kandungnya, Nadzri Sulaiman seorang anak Melayu pertama yang mengusahakan bengkel kereta di Christchurch, New Zealand.

Oleh kerana, Ishak Mahyudin sibuk dengan urusan perniagaan di Queenstown, maka dia meminta Ismad singgah terlebih dahulu di Auckland sebelum ke Christchruch dan tinggal selama lima hari di Mesra Homestay NZ milik Abdul Aziz iaitu sahabat baik kepada Ishak Mahyudin. Di Auckland, Ismad, Fadzli dan Nazmie bertemu dengan saudara baru Ahmad Blake iaitu anak angkat kepada Abdul Aziz. Sepanjang berada di New Zealand, hubungan persahabatan bertambah erat di antara Ahmad Blake, Ismad, Nazmie dan Fadzli. Ahmad Blake membawa mereka melawat ke tempat menarik di sekitar Auckland dan Christchurch.

Ketika mahu bertolak ke Christchurch, Ismad menerima berita bahawa bapa saudaranya terpaksa menunda kepulangan ke Chirstchurch kerana ada urusan perniagaan yang belum selesai di Queenstown. Ismad yang teruja hendak bertemu dengan bapa saudaranya menjadi kecewa, namun kekecewaan Ismad terubat apabila dapat bertemu kembali dengan bapa saudaranya itu. Persahabatan erat selama sebelas hari di New Zealand itu, membuatkan Ahmad Blake terharu dan mereka semua terpaksa akur dengan perpisahan. Walau bagaiman pun, Ismad, Fadzli dan Nazmie tetap gembira kerana mendapat pengalaman yang sungguh berharga ketika berada di New Zealand.

Calificaciones y opiniones

4.0
4 opiniones

Califica este libro electrónico

Cuéntanos lo que piensas.

Información de lectura

Smartphones y tablets
Instala la app de Google Play Libros para Android y iPad/iPhone. Como se sincroniza de manera automática con tu cuenta, te permite leer en línea o sin conexión en cualquier lugar.
Laptops y computadoras
Para escuchar audiolibros adquiridos en Google Play, usa el navegador web de tu computadora.
Lectores electrónicos y otros dispositivos
Para leer en dispositivos de tinta electrónica, como los lectores de libros electrónicos Kobo, deberás descargar un archivo y transferirlo a tu dispositivo. Sigue las instrucciones detalladas que aparecen en el Centro de ayuda para transferir los archivos a lectores de libros electrónicos compatibles.