Pendiam?: Memahami Personaliti Introvert Dalam Dunia Ekstrovert

·
· Iman Publication Sdn Bhd
4.7
리뷰 46개
eBook
206
페이지

eBook 정보

“Awak ni lone ranger ke?”


“Puan, anak puan di rumah memang senyap ya?”


“Dia tu pemalu orangnya...”


***


Biasanya, kita akan lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu ialah Ekstrovert - yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai orang. Satu lagi ialah Introvert - yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.


Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya pada masa hadapan?


Hakikatnya, setiap seorang daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu dikenal pasti dan digilap potensinya.


'Pendiam?’ menampilkan situasi biasa yang dilalui Introvert dalam masyarakat berserta kupasannya — agar personaliti ini lebih difahami dan dirai dengan kekuatan yang mereka ada.

평가 및 리뷰

4.7
리뷰 46개

저자 정보

Aiman Amri atau nama pena Aiman Psikologi ialah Mental Health Advocate yang aktif menyebarkan kesedaran kesihatan mental kepada rakyat Malaysia. Beliau ialah seorang penceramah dan penulis buku yang mendidik masyarakat ilmu psikologi melalui ceramah, media sosial dan penulisan di laman webnya, AimanPsikologi.com.


Selepas menamatkan sarjana muda BSc in Psychology di University of Nottingham, United Kingdom, beliau mengejar minatnya dengan berkhidmat di WeCare Allied Health Center, sebuah pusat psikologi swasta untuk perkembangan kanak-kanak dan kesihatan mental dewasa di Kuala Lumpur, sebagai Special Needs Educator merangkap Assistant Psychologist.


Kini beliau berkhidmat di Pusat Pakar Psikologi Jiwadamai, Shah Alam sebagai Pengurus Akademi dan teaching assistant untuk kelas intervensi awal.


Beliau telah menulis dua buku pada tahun 2019, yang pertama ialah buku Autisme: Unik/Pelik - sebuah diari yang memberi panduan kepada ibu bapa dan guru untuk menyelami pemikiran kanak-kanak autisme.


Buku keduanya bertajuk How Are You? terbitan IMAN Publication pula lebih berfokus kepada memahami perjuangan dalaman individu yang mempunyai stres, kemurungan dan kegelisahan.


Aiman berinspirasi untuk menjadikan Psikologi sebagai topik yang menarik untuk dipelajari oleh masyarakat dengan pendekatan yang kasual agar topik ini mudah difahami secara praktikal, tanpa mengurangi perspektif saintifik bidang tersebut.

Mula mengenali diri dalam perspektif psikologi untuk lebih memahami mengapa kehidupannya seperti berbeza dari laluan kebiasaan orang. Pembacaan yang menarik perhatian khusus adalah mengenai personaliti.


Bermula 2015, beliau mula beberapa kajian, bertemu graduan dan pensyarah bidang psikologi bagi menambahkan kefahaman. Sudut pandang mengenai jiwa dan fikiran manusia membantu beliau melihat sesuatu dengan perspektif berbeza dan berhasrat untuk berkongsi kepada masyarakat. Stigma buruk dan negatif banyak terpalit kepada diri, rakan dan umumnya kepada masyarakat khusus orang introvert yang hidup dalam dunia extravert. Sejak itu, beliau mahu empower introvert untuk berani dan selesa menjadi diri sendiri.


Dear introvert, be you.

이 eBook 평가

의견을 알려주세요.

읽기 정보

스마트폰 및 태블릿
AndroidiPad/iPhoneGoogle Play 북 앱을 설치하세요. 계정과 자동으로 동기화되어 어디서나 온라인 또는 오프라인으로 책을 읽을 수 있습니다.
노트북 및 컴퓨터
컴퓨터의 웹브라우저를 사용하여 Google Play에서 구매한 오디오북을 들을 수 있습니다.
eReader 및 기타 기기
Kobo eReader 등의 eBook 리더기에서 읽으려면 파일을 다운로드하여 기기로 전송해야 합니다. 지원되는 eBook 리더기로 파일을 전송하려면 고객센터에서 자세한 안내를 따르세요.