Puaka Dewan Makan Asrama

· Penerbit-X
4.6
16 ulasan
e-Buku
95
Halaman

Perihal e-buku ini

Ada sesuatu menarik pandangan Azizi ke dewan makan. Dari tingkat dua asrama itu, dia dapat melihat kaki seseorang sedang melangkah perlahan keluar dari satu sudut berjalan mendekati Yazid.


‘Siapa pula yang ada di dalam dewan tu?’ tanya Azizi dalam hati sambil terus memerhati, menunggu pemilik sepasang kaki yang kelihatan itu menampakkan dirinya. Sesaat kemudian jantung Azizi bagai terloncat hingga ke kerongkong apabila mendapati kaki yang kelihatan itu adalah milik seorang budak yang seluruh tubuhnya hitam dan dalam keadaan yang mengerikan. Yazid nampaknya sedikit pun tidak menyedari lembaga itu sedang menghampirinya perlahan-lahan dari belakang!


Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Penilaian dan ulasan

4.6
16 ulasan

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.