Puaka Pondok Bas

· Penerbit-X
4.0
2 ulasan
e-Buku
107
Halaman

Perihal e-buku ini

“Dekat pondok bas ni pun ada orang mati kena langgar! Dua malam lepas ada orang racing kereta kat jalan ni. Ramai budak datang tengok. Lepas tu ada satu kereta terbabas dan langgar seorang budak. Seorang pun tak tahu!” Tiba-tiba Farul menyampuk. Serius sahaja mukanya. 

“Mana kau tahu ni?” tanya Saadon berkerut. 

“Dia ni yang cerita... masa mula-mula duduk sini tadi,” ucap Farul menunjuk pada seorang budak sebayanya yang berwajah murung duduk di sebelahnya. 

Spontan bulu roma mereka meremang tegak dan hampir serentak kesemua mereka bangkit menjauh. Saadon cepat-cepat menarik Farul dari sisi budak itu kerana tidak seorang pun daripada mereka mengenalinya, apatah lagi apabila mendapati wajah budak itu pucat kekuningan bagai mayat dan terdapat kesan lumpur di tubuhnya. Sepasang matanya kabur tidak bercahaya serta nampak hitam lebam di sekeliling mata.

Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku kepada kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.

Penilaian dan ulasan

4.0
2 ulasan

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.