Puisi Cinta Tepi Jalan: Sebuah Karya Usang

Syafiq Wahab
4.2
94条评价
电子书
20

关于此电子书

Kumpulan puisi cinta madah jiwa yang ditulis sepanjang perjalanan menuju dewasa. Kadang tersungkur luka, kadang bangkit dengan cinta.


Tikar dianyam dari mengkuang,

Mengkuang dipungut di dalam hutan,

Kalungan terima kasih buat yang bertandang,

Semoga ukhwah kekal berpanjangan.

 

Mengkuang diraut satu persatu,

Terlerai duri dari daunnya,

Saya hamba kepala batu,

Meneroka ilmu, mencari redhonya.

 

Mengkuang disulam berselang seli,

Mengikut corak serta warnanya,

Puisi rindu menjadi isi,

Buat tatapan para pembaca.

  

Berkotak kotak berwarna kuning,

Disulam kemas diikat rapi,

Kini hamba di menara gading,

Hobi lama masih berseni.

 

Sudah disulam tikar dijemur,

Disimpan pula di atas peti,

Puisi hamba, puisi luntur,

Masih banyak perlu dibaiki.

 

Sudah mengkuang menjadi tikar,

Lapik duduk si anak dara,

Ajar bukan kepalang ajar,

Ajar buat kita bersama.

 

Tikar mengkuang banyak berguna,

Biar baru juga yang lama,

Terima kasih buat pembaca,

Salam sayang buat semua.

评分和评价

4.2
94条评价

作者简介

 Aku. Dari pekan kecil daerah asing, dari ceruk aku berdiri. Pendidikan pertama dari pelukan dan ciuman ibunda di tambah asas dunia dan akhirat dari Pusat Asuhan Tunas Islam, Pasti Badrul Huda, Sik, Kedah. Pendidikan rendah dari sekolah using, SK Haji Hussain, Sik, Kedah. Sekolah usang yang punya banyak ilmuan. Tak lokek ilmunya sekecil kuman sehinggalah sebesar alam. Menamatkan SPM dari SMT Sungai Petani 1 dalam bidang Mechanical Engineering Studies dan kemudiannya menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Gas Teknologi di Universiti Malaysia Pahang.

Cinta pada puisi dari bangku sekolah sehingga mungkin apabila ajal menjemput nyawa..

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。