RAMONA: Sebuah Novelet

· I F I ENTERPRISE
4,9
16 avaliações
E-book
427
Páginas

Sobre este e-book

Haji Jawahir berjalan ke hulu dan ke hilir. Kenapalah disusun begini? Fikirnya.

Tiga mayat lelaki dengan celah kelangkang masing-masing merompong.

Semua wajah-wajah itu dia kenal. Wajah-wajah isteri mereka yang sedang menangis juga dia kenal. Jika Tuhan mengizinkan, wajah anak-anak di dalam kandungan perempuan-perempuan itu juga, bakal dia kenal.

Barangkali untung buat anak-anak itu. Sekurangnya mereka tidak harus menghadapi apa yang dia sedang hadapi kini. Mereka tidak harus melihat bapa-bapa mereka dalam keadaan begini.

“Apa yang berlaku?” soal Haji Jawahir pada balu-balu baru itu.

Mereka hanya menggeleng sambil menangis, kecuali seorang. Kerana hanya dia sahaja yang nampak apa berlaku. Bila isteri yang lainnya bersembunyi, dan menekup muka dalam gerun, dia berpeluang untuk setentang mata dengan makhluk yang telah meragut kebahagiaannya.

“Saya tau siapa yang buat semua ni. Saya nampak siapa yang bunuh suami saya!”

“Siapa?” soal Haji Jawahir, tidak sabar untuk mendengar.

Satu perkataan sahaja yang terluah dari mulut wanita itu dengan yakin. Lebih tepat, sebuah nama. Walaupun sebutir katanya, ia telah menggegarkan seluruh kampung.

“Ramona…”


DISCLAIMER

Novelet ini mengandungi topik-topik yang tidak sesuai untuk bacaan 18 tahun dan ke bawah.

Classificações e resenhas

4,9
16 avaliações

Avaliar este e-book

Diga o que você achou

Informações de leitura

Smartphones e tablets
Instale o app Google Play Livros para Android e iPad/iPhone. Ele sincroniza automaticamente com sua conta e permite ler on-line ou off-line, o que você preferir.
Laptops e computadores
Você pode ouvir audiolivros comprados no Google Play usando o navegador da Web do seu computador.
eReaders e outros dispositivos
Para ler em dispositivos de e-ink como os e-readers Kobo, é necessário fazer o download e transferir um arquivo para o aparelho. Siga as instruções detalhadas da Central de Ajuda se quiser transferir arquivos para os e-readers compatíveis.