Penulis: Ustaz Mohamad Zaki Abdul Halim
ISBN: 9789830974965
KOD GB: 0299
HARGA: RM 24.00/RM 26.00
TEBAL: 216 ms
ٍSINOPSIS:
Terdiri daripada surah al-Fatihah, as-Sajadah, al-Kahfi, al-Waqi‘ah, ar-Rahman, Yasin dan al-Mulk. Bukan sekadar surah semata-mata, tetapi padat dengan huraian yang memuatkan kisah-kisah dan fakta yang sahih serta kelebihan dalam mengamalkannya.
Menariknya, penulis turut berkongsi tip motivasi yang boleh diambil iktibar sebagai penguat diri. Jika anda membaca, menghayati, mendalami dan mentadabbur setiap kalamullah dalam buku ini, pasti akan menambah iman yang menjadi sumber motivasi hidup serta benteng diri daripada terjerumus ke lembah maksiat.
Ustaz Mohammad Zaki Abdul Halim berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Mendapat pendidikan di Sek Keb Sungai Bakap, SMKA al-Manshoor dan Madrasah Irshad Al-ASRAF, Maahad Tahfiz al-Quran, JAKIM dan Universiti al-Azhar, Mesir. Terlibat aktif sebagai Pembimbing Haji dan Umrah bertauliaH dan menjadi Guru Agama di Makkah di bawah kelolaan Lembaga Tabung Haji Malaysia dan TH Travel & Service Sdn Bhd. Dhuyufurrahman adalah karya beliau yang kedua terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.