Amylia bersetuju membela seorang penjenayah yang kemungkinan besar akan menghadapi hukuman mati mandatori kerana membunuh. Setelah meneliti mental anak guamannya, Amylia mendapati sesuatu yang tidak munasabah berlaku. Dia memohon perintah mahkamah untuk mendapatkan khidmat doktor psikiatri bagi melakukan psikoanalisis.
Dr. Azlan mendapati anak guaman Amylia; Leopard mengalami gangguan mental. Pada masa yang sama, usahanya membela Leopard mendapat rintangan. Amylia yang diburu ketakutan mengalami perubahan emosi. Namun begitu, dia tidak mudah mengalah walaupun nyawanya sentiasa diburu maut oleh pembunuh yang sentiasa mengintai pergerakannya.
Perjuangan tetap diteruskan juga. Oleh kerana tidak tertahan menanggung pelbagai dugaan, suatu hari Amylia jatuh pengsan. Dan apabila dia sedar semula, segala-galanya telah berubah.