SEKOLAH OMBAK:
BUKAN MUDAH UNTUK MENUNTUT ILMU DAN BUKAN MUDAH JUGA UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU LEBIH-LEBIH LAGI ILMU AGAMA. PELBAGAI CABARAN DAN DUGAAN HARUS DIHADAPI MESKIPUN DI HADAPAN, TERDAPAT 1001 DURI DAN RANJAU.
AIMAN - KEGIGIHANNYA UNTUK MENCARI ILMU PADA AWALNYA BERJALAN LANCAR TETAPI KETEGASAN AYAHNYA MEMBUATKAN DIA TERPAKSA MEMILIH ANTARA SATU. MENERUSKAN NIAT SUCINYA ATAU BERHENTI BELAJAR.
USTAZ JOHAN - BIARPUN DICEMUH KERANA USAHANYA UNTUK MEMBERI PENDIDIKAN KEPADA PENDUDUK KAMPUNG, NAMUN DIA TIDAK PATAH SEMANGAT. KESUNGGUHAN YANG DITUNJUKKAN OLEH ANAK-ANAK DIDIKNYA MENYEMARAKKAN LAGI KEINGINANNYA UNTUK BERDAKWAH. DIA MENGERTI ADA PIHAK YANG TIDAK MENYENANGINYA TETAPI SEMUA ITU DINYAHKAN KE TEPI.
SEKOLAH OMBAK - PEMBINAANNYA DILAKSANAKAN 'TANPA RESTU' DAN 'PEMERGIANNYA' JUGA TANPA RESTU. TETAPI KEHADIRANNYA CUKUP MEMBERI IMPAK KEPADA SELURUH PENDUDUK ULU KARANG.