Kerana cemburukan posisi Kim sebagai kapten pasukan bola sepak sekolah, Stanley mengambil tindakan membawa gengnya menyekat Kim di satu lorong sunyi. Kim mulanya cuba berasional dan mengajak mereka berbincang, tetapi perasaan hasad Stanley sudah memuncak. Pergaduhan sudah tidak dapat dielakkan. Dalam keadaan yang berat sebelah – tiga lawan satu, mampukah Kim mempertahankan dirinya daripada Stanley dan konco-konconya yang mula hilang pertimbangan?Sementara itu, Safee masih dirundung kecewa kerana tidak diterima ke sekolah khas sukan seperti rakan-rakannya yang lain, namun kata-kata semangat daripada Julia dan prinsip Fizi membuatkan Safee terfikir. Antara sukan dan pelajaran, mana lebih penting?