Sains Matematik dalam acuan bahasa Melayu dan Islam

Ā· PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
4.9
10 ulasan
e-Buku
310
Halaman

Perihal e-buku ini

Buku ini memuatkan sepuluh makalah terpilih yang sarat dengan pemikiran Shaharir dalam pelbagai aspek bidang kepakarannya, termasuklah pengislaman ilmu, gagasan pemeribumian ilmu dalam konteks Tamadun Melayu, pengurusan, kewangan, serta kritikan Teori Kenisbian dan Teori Quantum. Himpunan makalah ini memperlihatkan kesarjanaan beliau dan membuktikan betapa mengheningnya pendirian dan perjuangannya serta polimatesnya Shaharir.

Penilaian dan ulasan

4.9
10 ulasan
Wan Za
26 Julai 2015
Puteri gunung ledang
1 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?
ohraet
4 Mei 2023
Buku ini saya baca ketika tingkatan empat dan buku ini sangat membuka minda saya apa itu Sains dan Matematik. Sebelum ini saya menyangkakan bahawa Sains adalah bersifat universal dan bersandarkan kepada fakta dan logik, ternyata sangkaan saya meleset. Selepas membaca buku ini,saya kemudian menggali tulisan-tulisan Dr Shaharir yang lain meskipun agak terhad di Internet. Sains dan Matematik dibentuk berdasarkan acuan budaya dan bahasa yang berbeza dari pelbagai tempat. Saya semakin bersemangat untuk mencari ilmu selepas membaca buku ini untuk meneroka ilmu lebih lagi dan menyumbangkan kepada masyarakat. Buku ini sangat sesuai untuk pelajar sekolah menengah meskipun terdapat beberapa perkataan yang hendaklah dirujuk kamus dewan.
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Perihal pengarang

Shaharir Mohamad Zain, Ph.D. dikenali sebagai seorang ilmuwan dalam bidang Matematik, terutama berkaitan dengan teori Einstein dan teori Quantum. Anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor UKM (1988-1994), profesor di Fakulti Sains & Teknologi, UKM dan UMT, dan Presiden ASASI dan PERSAMA ini juga adalah seorang aktivis bahasa serta idealog pengislaman dan pemeribumian ilmu di Malaysia.

Beliau sudah menulis beberapa buah buku yang berkaitan dengan Matematik Tulen, pengurusan Melayu, kepimpinan, dan sejarah dan falsafah sains. Kini, beliau bertugas sebagai Zamil Penyelidik Kanan di Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.