Shaharir Mohamad Zain, Ph.D. dikenali sebagai seorang ilmuwan dalam bidang Matematik, terutama berkaitan dengan teori Einstein dan teori Quantum. Anak kelahiran Pasir Puteh, Kelantan, yang pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor UKM (1988-1994), profesor di Fakulti Sains & Teknologi, UKM dan UMT, dan Presiden ASASI dan PERSAMA ini juga adalah seorang aktivis bahasa serta idealog pengislaman dan pemeribumian ilmu di Malaysia.
Beliau sudah menulis beberapa buah buku yang berkaitan dengan Matematik Tulen, pengurusan Melayu, kepimpinan, dan sejarah dan falsafah sains. Kini, beliau bertugas sebagai Zamil Penyelidik Kanan di Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya.