Sebarkan Cinta-Mu

· PTS Litera Utama
4.7
23 ulasan
e-Buku
880
Halaman

Perihal e-buku ini

Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

Penilaian dan ulasan

4.7
23 ulasan
Adib Safwan (Studio AxE)
16 Januari 2015
Jazakillah ustazah Fatimah Syarha atas novel ini. Sangat mengesani jiwa saya. Terutama apabila ustazah menonjolkan masalah-masalah yang melanda umat Islam di Malaysia yang berpusat pada masalah akidah. Lebih mengukuhkan lagi hujah apabila disertakan sumber text karangan ulama dan dalil serta hadis sebagai rujukan dan bacaan lanjut. Novel ini menguatkan azam saya untuk menulis novel berkisarkan isu-isu masyarakat Malaysia. Terima kasih juga kepada penerbit atas usaha menerbitkan novel versi digital kerana memudahkan kami yang ada kekangan untuk membeli naskah fizikal buku ini. Tahniah dan saya doakan agar ustazah dan Dr Hadi serta keluarga
2 orang mendapati ulasan ini berguna
Adakah anda mendapati kandungan ini membantu?

Perihal pengarang

Fatimah Syarha Binti Hj. Mohd Noordin dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Turut memiliki Ijazah Bacaan al-Quran bersanad danDaurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan Master di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Kini, dalam proses menyambung Ph.D.

Beliau pernah dinobatkan sebagai novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006. Selain itu beliau aktif dalam ceramah-ceramah motivasi dan agama untuk semua peringkat umur seperti golongan remaja di sekolah-sekolah, golongan berkerjaya. Aktif menulis sebagai kolumnis dalam majalah Solusi dan majalah Haluan serta minat berpuisi.

Berikan rating untuk e-Buku ini

Beritahu kami pendapat anda.

Maklumat pembacaan

Telefon pintar dan tablet
Pasang apl Google Play Books untuk Android dan iPad/iPhone. Apl ini menyegerak secara automatik dengan akaun anda dan membenarkan anda membaca di dalam atau luar talian, walau di mana jua anda berada.
Komputer riba dan komputer
Anda boleh mendengar buku audio yang dibeli di Google Play menggunakan penyemak imbas web komputer anda.
eReader dan peranti lain
Untuk membaca pada peranti e-dakwat seperti Kobo eReaders, anda perlu memuat turun fail dan memindahkan fail itu ke peranti anda. Sila ikut arahan Pusat Bantuan yang terperinci untuk memindahkan fail ke e-Pembaca yang disokong.