Sebarkan Cinta-Mu

· PTS Litera Utama
4.7
23 則評論
電子書
880
頁數

關於這本電子書

Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.

評分和評論

4.7
23 則評論

關於作者

Fatimah Syarha Binti Hj. Mohd Noordin dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu. Merupakan graduan UIAM, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, pengkhususan dalam Fiqh dan Psikologi. Turut memiliki Ijazah Bacaan al-Quran bersanad danDaurah Bahasa Arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. Kelulusan Master di UIAM dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh. Kini, dalam proses menyambung Ph.D.

Beliau pernah dinobatkan sebagai novelis Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006. Selain itu beliau aktif dalam ceramah-ceramah motivasi dan agama untuk semua peringkat umur seperti golongan remaja di sekolah-sekolah, golongan berkerjaya. Aktif menulis sebagai kolumnis dalam majalah Solusi dan majalah Haluan serta minat berpuisi.

為這本電子書評分

請分享你的寶貴意見。

閱讀資訊

智能手機和平板電腦
請安裝 Android 版iPad/iPhone 版「Google Play 圖書」應用程式。這個應用程式會自動與你的帳戶保持同步,讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
手提電腦和電腦
你可以使用電腦的網絡瀏覽器聆聽在 Google Play 上購買的有聲書。
電子書閱讀器及其他裝置
如要在 Kobo 等電子墨水裝置上閱覽書籍,你需要下載檔案並傳輸到你的裝置。請按照說明中心的詳細指示,將檔案傳輸到支援的電子書閱讀器。