Modul memperkasakan sahsiah waja diri pelajar abad ke-21

· ·
· PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
5.0
2 reviews
Ebook
120
Pages

About this ebook

Sahsiah merupakan satu entiti penting dalam membentuk akhlak dan tingkah laku individu. Sahsiah diri menampakkan dirinya melalui penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani seseorang individu. 

Pembangunan sahsiah diri merupakan penampilan kendiri seseorang secara keseluruhannya Sahsiah Waja Diri (SWD) merupakan satu terminologi baru yang telah mula digunakan secara meluas terutamanya dalam bidang pendidikan. 

SWD telah mula mendapat tempat dalam bidang pendidikan dan rangka konsep telah mula dikenali sebagai sebahagian daripada panduan untuk memahami tingkah laku pelajar sama ada di dalam atau di luar kelas. 

Sering kali SWD kerap dikaitkan dengan unsur pendidikan secara keseluruhan. Keadaan ini adalah kerana proses pendidikan itu sendiri adalah untuk membentuk sahsiah seseorang individu pelajar. 

Proses pendidikan akan membantu seseorang individu memperoleh keyakinan, pertumbuhan kendiri serta kekuatan dalaman dan luaran dalam menghadapi cabaran masa akan datang terutamanya pada abad ke 21.

Ratings and reviews

5.0
2 reviews

About the author

Shahabuddin Hashim, Ph.D. adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Bidang pengkhususan beliau adalah psikologi pendidikan dan sahsiah.

Nor Shafrin Ahmad, Ph.D.  adalah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Bidang pengkhususan beliau adalah kaunseling psikologi, kanak-kanak dan remaja, intervensi krisis, dan pengurusan trauma.

Haslinda Yusof, adalah Penolong Pendaftar di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Beliau banyak melibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.