TERAPI TANGAN KOREA (KORYO HAND THERAPY) JILID 3: FORMULA JALUR TENAGA MIKRO

· Koryo Hand Therapy Productions
Kitabu pepe
115
Kurasa

Kuhusu kitabu pepe hiki

Tangan adalah merupakan mikrokosmik (alam kecil) bagi seluruh anggota badan yang terdiri daripada kepala, tangan, kaki, dan organ-organ yang lain. Berdasarkan teori yang dikemukakan oleh Dr. Tae Woo Yoo (pengasas), ia mempunyai hubungan secara langsung dalam merawat pelbagai masalah kesihatan.

Bagi membuktikan teori saintifik yang beliau kemukakan ini benar, penyelidikan secara mendalam telah dijalankan dengan begitu teliti dengan sokongan peralatan saintifik moden untuk mendapatkan hasil keputusan yang tepat.

Akhirnya, beliau telah berjaya melahirkan satu cabang ilmu terapi yang begitu menakjubkan, iaitu Terapi Tangan Korea! Hanya melalui medium tangan sahaja, pelbagai masalah kesihatan dapat dirawat dan dipulihkan dengan sangat berkesan, selamat, serta tidak mengakibatkan sebarang kesan sampingan.

Dalam usaha menyebarluaskan ilmu yang sangat bernilai ini, penulis telah mengambil inisiatif kendiri dengan menghasilkan bahan bacaan yang bersifat ilmiah ini dalam bahasa kebangsaan yang tercinta, disertakan dengan gambar berwarna penuh, dan juga formula yang dicipta oleh penulis sendiri untuk memudahkan para pembaca memahaminya dengan baik. Penulis berharap semoga usaha ini dapat memberikan manfaat kepada seluruh masyarakat. Amin.

Abdul Manaf Rosdi,

Presiden KHTA.

Kuhusu mwandishi

SIAPAKAH PENULIS?


Beliau adalah merupakan seorang pengamal rawatan alternatif & komplimentari (TCM) di Malaysia. Sebelum terlibat dalam dunia TCM, beliau adalah merupakan seorang pensyarah bahasa Arab di UiTM.

Oleh kerana minat beliau yang mendalam dalam TCM, beliau telah bersungguh-sungguh menguasai pelbagai cabang ilmu TCM; seperti ruqyah syar’iyyah, herba, urutan, bekam, akupuntur, dsb.

Sepanjang penglibatan dalam TCM, beliau berasa terdapat kelompongan yang harus diisi dalam bidang ini. Beliau masih lagi mencari-cari satu cabang ilmu yang lebih mudah, berkesan, dan dalam masa yang sama mempunyai bukti saintifik yang kukuh.

Akhirnya, pencarian beliau membawa kepada ilmu Terapi Tangan Korea (Koryo Hand Therapy - KHT) yang sangat menakjubkan! Ini kerana KHT adalah merupakan satu ilmu rawatan yang menggunakan medium tangan sahaja untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Menariknya, ia telah dikaji secara saintifik!

Hasilnya, beliau telah melengkapkan tujuh (7) jilid buku yang disertakan dengan ilustrasi berwarna penuh, mudah difahami, dan sangat bermanfaat untuk para pembaca sekalian.

Kadiria kitabu pepe hiki

Tupe maoni yako.

Kusoma maelezo

Simu mahiri na kompyuta vibao
Sakinisha programu ya Vitabu vya Google Play kwa ajili ya Android na iPad au iPhone. Itasawazishwa kiotomatiki kwenye akaunti yako na kukuruhusu usome vitabu mtandaoni au nje ya mtandao popote ulipo.
Kompyuta za kupakata na kompyuta
Unaweza kusikiliza vitabu vilivyonunuliwa kwenye Google Play wakati unatumia kivinjari cha kompyuta yako.
Visomaji pepe na vifaa vingine
Ili usome kwenye vifaa vya wino pepe kama vile visomaji vya vitabu pepe vya Kobo, utahitaji kupakua faili kisha ulihamishie kwenye kifaa chako. Fuatilia maagizo ya kina ya Kituo cha Usaidizi ili uhamishe faili kwenye visomaji vya vitabu pepe vinavyotumika.