The Best Student of The Day

· PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
4,0
1 resensie
E-boek
102
Bladsye

Meer oor hierdie e-boek

• Seawal empat tahun, ia sudah wajib. Maknanya, walaupun anak itu masih menyusu botol, masih memakai lampin, dian tetap perlu hadir ke sekolah. 

• Perkara pertama yang diajar adalah bila dan bagaimana mengucapkan terima kasih. Kedua, bila dan bagaimana menghormati orang.

• Sandwich itu maksydnya, bekal. Tidak semestinya bawa bekal sandwich. Apa-apa sahaja makanan boleh dibawa, manakala lunch merujuk pada makanan di dewan makan sekolah,

• Anak-anak akan duduk di sebuah meja besar yang memuatkan enam orang. Di tengah-tengah meja itu ada buah epal, oren, lobak merah, ataupun batang saderi. Ia ditukar oleh cikgu setiap hari. Itu adalah snek.

• Mereka tidak ada buku teks dan tidak ada buku latihan kerja. Apa yang mereka bawa ke sekolah cuma bekal dan hasil kerja seperti lukisan.

• Budak-budak lelaki tidak boleh dipaksa belajar di dalam bilik. Mereka suka bermain-main di luar. Suka dengan rumput, tanah, sungai dan pokok. Itulah budak lelaki.

Graderings en resensies

4,0
1 resensie

Meer oor die skrywer

Bahruddin Bekri

Nama sebenarnya Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri. Beliau berasal daripada Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Iboi / Pelandok sebelum menyambung ke SMK Sadong Hilir (Semera). Selepas SPM penulis melanjutkan pelajaran ke matrikulasi UPM dan seterusnya ke Bachelor Ekonomi, juga di UPM.

Penulis mula menulis secara serius bermula pada tahun 2007. Sehingga kini, sudah lebih 20 buah bukunya diterbitkan. Novel 'Doa Untuk Aku' sudah diadaptasi menjadi drama televisyen. 

Beliau memilih gaya penulisan yang sederhana dan mudah bagi difahami oleh pembaca. Genre yang senang beliau uliti adalah genre berkenaan kehidupan manusia-manusia kecil. Antara kelebihan penulis, beliau mampu mengangkat tema-tema kecil menjadi sesuatu yang sangat dalam dan membuatkan pembaca terfikir-fikir. Gaya bahasanya walaupun mudah dan sederhana, tetapi lenggoknya memberikan rantaian keindahan apabila dibaca. Ia mempunyai magis yang tersendiri, sesuatu yang jarang dimiliki oleh penulis Malaysia.

Beliau sekarang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal Malaysia. Di samping menulis buku, beliau juga adalah seorang bapa kepada dua orang puteri (setakat artikel ini ditulis), juga sering dijemput menjadi penceramah penulisan kepada remaja.

Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Ph.D.

Beliau dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Mula mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Undang-Undang) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2000 dan Ijazah Sarjana (Undang-Undang Perbandingan) pada tahun 2001 dari universiti yang sama.

Kemudian, beliau menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (Ph. D.) dalam bidang undang-undang di Keele University, United Kingdom.

Kini, beliau adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau juga adalah Timbalan Pengarah, Pusat Permata Insan USIM, serta Ketua Kluster dan Felo Penyelidik INFAD.

Di samping menumpukan dalam bidang akademik, beliau turut aktif menulis buku. Antaranya Salah Faham Tentang Islam…Tetapi Anda Malu Bertanya terbitan Telaga Biru serta aktif menulis artikel dan mempunyai ruangan tetap di Akhbar Perdana Berita Harian.

Selain itu, beliau aktif muncul dalam rancangan-rancangan agama di televisyen seperti Tanyalah Ustazah TV9, Forum Perdana Ehwal Islam TV1, Soal Wanita TV Al-Hijrah, Al-Hidayah, dan Al-Kulliyyah TV3. Beliau juga adalah salah seorang daripada panel juri profesional rancangan Cari Menantu musim pertama dan rancangan realiti Adik-Adikku musim keempat serta banyak lagi. 

Gradeer hierdie e-boek

Sê vir ons wat jy dink.

Lees inligting

Slimfone en tablette
Installeer die Google Play Boeke-program vir Android en iPad/iPhone. Dit sinkroniseer outomaties met jou rekening en maak dit vir jou moontlik om aanlyn of vanlyn te lees waar jy ook al is.
Skootrekenaars en rekenaars
Jy kan jou rekenaar se webblaaier gebruik om na oudioboeke wat jy op Google Play gekoop het, te luister.
E-lesers en ander toestelle
Om op e-inktoestelle soos Kobo-e-lesers te lees, moet jy ’n lêer aflaai en dit na jou toestel toe oordra. Volg die gedetailleerde hulpsentrumaanwysings om die lêers na ondersteunde e-lesers toe oor te dra.