Suatu hari, Se Na, kakak Minha terlepas cakap dan mengatakan Minha adalah anak angkat. Sedih dengan kenyataan itu, Minha keluar rumah dan tinggal di asrama The Starz. Sejak mengetahui dirinya anak angkat, Minha cuba menyiasat sendiri latar belakangnya. Dengan bantuan Jie Jie, Minha mengupah penyiasat persendirian.
Minha akhirnya mendapat tahu yang nama sebenarnya adalah Sarahana Diana dan dia mempunyai kuasa bayang.
Apakah yang terjadi selepas Minha tahu identiti sebenarnya? Bagaimanakah pula dengan nasib The Starz?