Usahawan Cilik - Puteri Kristal

· PTS Pop
3.6
17 則評論
電子書
231

關於本電子書

  Kisah bermula apabila Diana bersama seisi keluarga pulang bercuti ke kampung. Anak jiran neneknya, Kak Wani menghasilkan kerja tangan halus seperti membuat gelang manik, kristal dan sebagainya.

Setiap hari berulang alik ke rumah Kak Wani mencetuskan minat Diana. Bermula dengan membantu menyusun manik-manik dan gelang-gelang dan memerhati apa yang dilakukan oleh Kak Wani akhirnya dia pandai menyulamnya menjadi seutas gelang.

Hasil pemerhatiannya kepada kerja tangan Kak Wani yang cekap dan bijak memadankan jenis-jenis kristal bersama jenis batu-batu yang berbeza, akhirnya Diana dapat menguasainya dengan baik.

Pulang dari bercuti, Diana membeli sejumlah batu-batu kristal dan beberapa jenis batu lain. Kak Wani menjual dengan harga istimewa memandangkan dia mahu menyulam dan menghadiahkannya kepada ibunya dan Makcik Hana. Ibu Diana, Puan Aminah memakai gelang kristal ke pejabat dan ia menarik perhatian rakan-rakan sekerjanya. Beberapa orang rakannya mula membuat tempahan.

Ayah Diana, Encik Rasul pula sudi mendahulukan modal tetapi dengan syarat kerja membuat gelang itu dibuat pada hujung minggu sahaja. Alasannya dia tidak mahu Diana mula keliru apa keutamaannya sekarang. Hobi Diana mula memberi pulangan lumayan. Bukan sahaja rakan-rakan ibunya membuat tempahan malah ia terus tersebar dari satu bahagian pejabat hingga ke bahagian pejabat yang lain.

Akhirnya Diana mampu mempamerkan koleksi yang disiapkannya dan membuat jualan terus tanpa menunggu tempahan lagi. Dalam tempoh yang singkat, dia berjaya membayar balik modal yang dipinjamkan oleh ayahnya.

評分和評論

3.6
17 則評論

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。