WOW! COKLAT LELEH

· Galeri Ilmu Sdn Bhd
電子書
192

關於本電子書

Coklat leleh? Sedapkah coklat leleh? Luna mula menggaru kepala. Mei Ling pula mengerutkan wajahnya.


“Kita tidak boleh biarkan mereka terus menang!” Luna merenung kumpulan Shasha yang sedang berjalan dengan penuh gaya menghala ke arah mereka berempat.


“Senanglah awak cakap, Luna. Awak lupakah? Shasha itu anak orang kaya. Seperti Jason, semua kemahuannya pasti tertunai. Saya berani jamin, bapa Shasha akan menyediakan sebuah gerai coklat fondu yang paling hebat di seluruh Pekan Sri Tanjung!” Mei Ling mulai membebel.


“Belum tentu lagi, Mei Ling. Kita pun tahu, peralatan membuat coklat fondu tidak boleh didapati di sini. Kita bertuah kerana dalam hal ini, mak cik Mia sanggup menolong kita,” Yaya cuba menaikkan semangat mereka.

“Itu tidak menjadi masalah, Yaya. Dengan duit, semuanya boleh jadi!” Luna mengingatkan sambil memetik jari.


Mia membiarkan sahaja mereka bertiga berdebat sesama sendiri. Baginya, tidak ada gunanya bertekak. Nasi sudah menjadi bubur. Keputusan Cikgu Saleha juga sudah muktamad.


關於作者

NADYA NABILA, pengawas Sekolah Menengah Islam IQKL yang aktif dalam karate-do bergandingan dengan ibunya, MAZNY M.R. (penulis novel dewasa, Lentera Cinta Albaicin terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.), menulis kisah pesta jualan dalam novel sulung Wow! Coklat Leleh.


Nadya yang berusia 15 tahun sangat aktif dalam pelbagai aktiviti seperti debat, pengucapan awam dan penulisan skrip drama sekolah.


為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。