Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia (Penerbit USM)

· Penerbit USM
4.0
1 則評論
電子書
232

關於本電子書

 Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia menonjolkan keistimewaan dan keunggulan rantau utara Semenanjung Malaysia yang memperlihatkan rupa diri yang tersendiri baik dari aspek sejarah, ekonomi mahupun sosio-budaya dan masyarakat. Proses pembentukan rupa diri bangsa budaya dan bangsa politik masyarakat dan kerajaan merupakan penentu jati diri rantau ini sejak zaman awal. Sejak kurun ke-5 Masihi, Kedah Tua telah melalui proses transformasi politik dan sosioekonomi selari dengan perkembangan dan kepentingan serantau namun dalam masa yang sama, masih menonjolkan semangat untuk mengembangkan dan mempertahankan rupa diri dari pelbagai aspek, yakni melalui hubungan manusia dan alam, kenegaraan, politik, adat, perundangan, cara hidup dan ekonomi. Bahasa Tanjong dan boria merupakan contoh ciri unggul warisan sosiobudaya Pulau Pinang selain masyarakat berbilang kaum dan berbagai budayanya. George Town khususnya dan Pulau Pinang secara amnya memperoleh sifat dan imej unik tersendiri yang menjadikannya berbeza daripada daerah kejiranannya yang lain di rantau utara Semenanjung Malaysia. Transformasi pondok sebagai institusi pendidikan agama islam diteliti daripada elemen tradisi sehinggalah aspek modenisasi. Pembangunan dan transformasi ekonomi dalam sektor industri barangan elektrik dan elektronik pula telah mengintegrasikan Pulau Pinang dengan rangkaian pengeluaran global lalu meletakkan Pulau Pinang dalam peta aktiviti pembuatan dunia. Kegiatan penanaman dan pengeluaran padi dalam ekonomi Kedah yang telah bermula sejak zaman pra-Islam masih menonjol sehingga kini sebagai rupa diri Kedah dan juga di keseluruhan rantau Wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Wilayah Utara Semenanjung Malaysia amat sesuai sebagai bahan ilmiah bukan sahaja untuk kalangan cendekiawan tetapi juga para pelajar di institusi pengajian tinggi dan khalayak umum yang meminati isu sejarah, warisan sosiobudaya, ekonomi dan masyarakat Malaysia.

評分和評論

4.0
1 則評論

為這本電子書評分

歡迎提供意見。

閱讀資訊

智慧型手機與平板電腦
只要安裝 Google Play 圖書應用程式 Android 版iPad/iPhone 版,不僅應用程式內容會自動與你的帳戶保持同步,還能讓你隨時隨地上網或離線閱讀。
筆記型電腦和電腦
你可以使用電腦的網路瀏覽器聆聽你在 Google Play 購買的有聲書。
電子書閱讀器與其他裝置
如要在 Kobo 電子閱讀器這類電子書裝置上閱覽書籍,必須將檔案下載並傳輸到該裝置上。請按照說明中心的詳細操作說明,將檔案傳輸到支援的電子閱讀器上。