Ya Allah Jangan Biarkan AKu Sendiri, mengumpulkan 14 topik berkenaan sifat yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik pelindung yang dikupas dengan santai oleh Ustazah Asma Harun dan Ustaz Dwi Suwiknyo. Diselitkan juga dengan тАШUstazah nak ceritaтАЩ daripada Ustazah Asma Harun yang membongkar kisah-kisah benar dan memberikan impak luar biasa kepada pembaca.
тАЬYa Allah, jika bukan Engkau yang memberikan aku keselamatan, kesihatan, nikmat, kebahagiaan dan kemudahan untuk aku menempuhi segala ranjau dunia ini, maka akan gundah gulana kehidupanku.тАЭ
тАЬYa Allah, bagaimana mungkin aku sombong walhal aku lemah dan hanya Engkau yang Maha Perkasa. Ya Allah, bagaimana mungkin aku menjalani hidup ini tanpa-Mu?тАЭ
тАЬSemoga kesibukan aku di dunia tidak memalingkan hatiku daripada-Mu. Ya Allah, jangan biarkan aku sendiri walaupun sekali.тАЭ