Mengisahkan episod cinta sederhana,
namun masih penuh liku, insan bergelar selebriti. Intan Amira, seorang
penyanyi terkenal, membuat keputusan mendadak meninggalkan dunia seni
dan kembali ke kampung halamannya. Adakah hijrahnya kerana cintanya
terhadap Hisyam yang tidak kesampaian, atau semata-mata hijrah demi
kebaikan? Sebaliknya pula bagi Intan Amimi. Berhijrah ke Kuala Lumpur
demi mengejar cita-cita menjadi selebriti, cita-cita mendorongnya
memutuskan hubungan cinta dengan Zairi, kemudian menjalin hubungan cinta
yang baharu pula. Hubungan yang membuat ketiga-tiganya berdepan dengan
kemelut cinta di noktah pertemuan.