10 Tokoh Idola Muslimah Edisi Kemas Kini

· PTS Millennia
Ebook
212
Pages

About this ebook

 Buku ini mengajak para pembaca menelusuri dan menghayati sejarah perjuangan insan-insan hebat iaitu perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman silam yang perlu menempuh pelbagai cabaran dan pahit maung dalam perjuangan menegakkan Islam. Kisah hidup mereka perlu dijadikan pedoman dan juga teladan kepada umat selepas mereka di samping sebagai peringatan dan panduan dalam mengemudi bahtera kehidupan. Hakikatnya, mereka sudah berjaya meletakkan penanda yang terbaik dalam meniti tahap perjuangan. Mereka juga berjaya mengangkat martabat wanita sehinggakan nama dan kisah sebahagian daripada mereka terus tercatat dalam lembaran sejarah dan wahyu Ilahi. Kisah-kisah mereka yang disebut dalam Quran seperti pengalaman menyayat hati dan kesukaran para isteri Rasulullah membantu usaha beliau dalam menegakkan Islam iaitu ketika beliau diperintahkan supaya berdakwah kepada umatnya menuju jalan kebenaran dan cahaya Islam.

Setiap peristiwa yang tercatat dalam Quran mempunyai hikmahnya yang tersendiri kepada umat manusia terutama kepada kaum wanita. Wanita adalah tunggak utama dalam kehidupan berumah tangga kerana wanita yang melahirkan serta mendidik anak-anak iaitu pewaris generasi akan datang. Penglibatan tokoh-tokoh wanita dalam menegakkan agama suci Allah tidak boleh dianggap remeh. Ia adalah titik tolak kepada kemenangan Islam itu sendiri. Bahkan kejayaan, kemenangan dan keunggulan mereka sebagai srikandi terbilang sememangnya tercatat dalam lipatan sejarah dan tidak boleh dipertikaikan. Peranan mereka sememangnya terlalu besar dalam menonjolkan peribadi unggul sebagai tatapan generasi dan umat masa kini yang perlu dijadikan sebagai role model dan boleh diketengahkan sebagai idola kepada wanita hari ini dalam merencanakan kehidupan mereka.

Tokoh muslimah yang diketengahkan ini mampu memberikan impak yang besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh yang dapat memenuhi kriteria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap segi terutama dalam mentarbiah anak bangsa supaya berjaya dan berjiwa besar serta bangkit menjadi idola pemangkin kepada generasi akan datang. Justeru, penting bagi kita menyoroti kisah hidup, kehebatan, titik tolak kejayaan dan rahsia besarnya jiwa mereka dalam meraih keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya.

About the author

 Sakinah Salleh merupakan anak jati kelahiran Pasir Puteh, Kelantan. Lulusan Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan selepas tamat persekolahan di Maahad Muhammadi Lilbanat (Kota Bharu, Kelantan). Menjadi guru di sekolah menegah selepas mendapat Diploma Pendidikan (UIA). Seterusnya meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Kaunseling di Universiti Malaya. Sekarang ini beliau sedang menyambung pengajian di peringkat Phd di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Kaunseling. Selaku perunding motivasi dan merangkap pengarah syarikat Qutreen Motivation and Consulting dan Qutreen Niaga Sdn Bhd. Selain menjadi kaunselor, perunding motivasi untuk pelajar sekolah dan universiti, beliau juga menjadi trainer dalam bidang pengurusan, komunikasi dan keusahawanan untuk badan kerajaan dan swasta. Sekarang in beliau berkhidmat sebagai pensyarah Psikologi dan Kaunseling di Pusat Pengajian Lanjutan University Malaya (UMCEED). Menjadi Kolumnis tetap ruangan “Kenali Diri Bina Identiti” untuk Majalah Pendidik. Minat dalam mengajar, dakwah serta berpengalaman dalam bidang yang pernah diceburi memberi peluang kepada beliau untuk berkongsi maklumat dan ilmu dalam program ceramah dan motivasi di radio dan TV. Beliau juga bergiat aktif dalam pelbagai berpersatuan serta terlibat dalam meneraju Alumni MMP sehingga kini.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.