Maka Kitab Itu Pun Menyanyi

· ·
· The Independent Insight
Ebook
89
Pages

About this ebook

Maka kitab itu pun menyanyi merupakan sebuah antologi puisi Melayu moden yang menggabungkan tiga penulis. Penulis pertama, Mel Van Dyk berbicara berkenaan dengan percintaan dengan wanita, ketuhanan, kesepian, kehidupan, dan juga pesanan orang tua kepada anak. Manakala penulis kedua, Syed Ahmad Fathi menulis puisi-puisi melawan korupsi, perjuangan bangsa, kesetiaan kepada idea, pesanan-pesanan, perasaan meneroka alam ciptaan tuhan, puisi bertemakan kekeluargaan, juga puisi-puisi pemikiran. Penulis terakhir pula, Tulip Ungu memberikan fokus utama terhadap puisi-puisi depresi, bagi membawa kesedaran pada masyarakat tentang pentingnya membantu orang lain yang berada dalam keadaan depresi. Selain itu, beliau juga menulis berkenaan ketuhanan, memori, dan persahabatan.

About the author

Mel Van Dyk - Anak jati Kota Tinggi, Johor yang berusia 29 tahun dan kini menetap di Kulim, Kedah. Beliau kini mengendalikan blog puisi peribadi Kalam Dari Blangko dan blog cerpen Vibes. Dalam pada masa yang sama beliau juga merupakan penulis bagi laman web The Independent Insight.


Beliau pernah menerbitkan kompilasi cerpen yang berjudul Nafas di sekitar Kota Tinggi pada tahun 2010.


Beliau juga merupakan antara penulis yang menjayakan Zine Seratus di JB Writers+Readers Festival pada 2012. Buku ini merupakan buku pertama beliau yang dicetak dengan kemas dalam bentuk naskah.


Syed Ahmad Fathi lahir pada 1 Oktober 1990 di Kuala Lumpur. Ibunya merupakan seorang guru dan ayahnya bekerja sebagai jurutera. Beliau bersekolah di sekolah agama sebelum menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Rusia. Tamat pengajian beliau bekerja di syarikat swasta. Selain penulisan buku, artikel beliau juga sering diterbitkan di portal The Independent Insight dan Borneo Komrad. Beliau telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Hobi beliau di masa lapang adalah membaca, menulis, berfikir dan termenung.


Tulip itu lembut dan rapuh, namun hakikatnya ia adalah simbolik kepada harapan. Ramai manusia kini telah luntur harapan akan dunia yang makin membingit jeritannya hingga tiada terdengar lagi dari jiwa-jiwa yang tersakiti lantas pentas stensil dan kertas menjadi satu fenomena dalam mencoret segala yang selama ini terpendam di dalam hati.

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.