Cendekiawan
Pengamal undang-undang
Sejarawan
Politikus
Aktivis
Pasukan keselamatan
Angkatan tentera
Pemikir
Orientalis
Pejuang agama
dan siapa sahaja yang ingin menyelami hakikat keindahan Islam.
Fiqh Jihad adalah karya terbaru Dr. Yusuf Qaradhawi yang akan membuka minda dan memberi dan memberi kefahaman kepada masyarakat berkenaan jihad. Buku ini secara lengkap dan jelas membahas masalah jihad dan isu-isu yang berkaitan seperti:
Hakikat jihad dalam Islam
Hukum perang antara negara Islam
Dasar hubungan umat Islam dan penganut agama lain
Hukum memerangi rakyat di negara musuh
Perbezaan antara jihad dan pengganas (irhab)
Konsep jizyah dalam Islam dan perkembangan masa kini
Batasan dan hukum memerangi perintah yang zalim
Syariat jihad dalam Islam dan agama lain
Hukum bom berani mati yang menimpa rakyat tempatan
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dilahirkan pada 9 September1926 di sebuah desa kecil di Mesir bernama Shafth Turab. Beliau mula menghafaz Al-Quran sejak berusia 10 tahun. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menamatkan pendidikan awal sehingga peringkat tertinggi di Maahad Thantha. Selepas lulus, beliau melanjutkan pelajaran ke Fakulti Usuluddin di Universiti Al-Azhar dan menamatkan pelajaran pada 1952. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi memperoleh gelaran doktor pada tahun 1972. Di Qatar, beliau menubuhkan Fakulti Syariah di Universiti Qatar dan mendirikan Pusat Kajian Sejarah dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dikenali sebagai ulama dan pemikir Islam yang unik dan istimewa. Ini kerana, beliau mempunyai cara dan metodologi khas dalam menyampaikan risalah Islam. Disebabkan metodologi itu, beliau mudah diterima di dunia Barat sebagai seorang pemikir yang menyampaikan Islam secara hikmah, santun, dan seimbang. Kreadibiliti yang hebat menyebabkan beliau sering dijemput menghadiri pertemuan antarabangsa di Eropah mahupun Amerika Syarikat sebagai wakil masyarakat Islam.
Dalam pemikiran dan dakwah, usaha jitu Dr. Yusuf Al-Qaradhawi begitu relevan dalam perkembangan Islam pada masa kini. Karya-karya beliau mencetuskan kebangkitan Islam moden. Terdapat lebih 100 judul buku dalam pelbagai disiplin ilmu Islam yang ditulis oleh beliau. Karya beliau juga banyak diterjemah dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu.