Kita Kahwin Koboi?

· GedeBook
4.2
161 reviews
Ebook
680
Pages

About this ebook

“Aku akan lakukan apa saja untuk memiliki kau, Aufa. Apa saja. Kau tunggulah, aku akan buat kau melutut di kaki aku, merayu supaya aku kahwin dengan kau! Aku dah cuba macam-macam cara nak pikat hati kau, tapi sikit pun kau tak nampak keikhlasan aku. Baik, tak dapat dengan cara bertauliah, aku akan dapatkan kau dengan cara tak sekolah!”-Wan Katek

Aufa Dhiya tidak pernah menyangka ugutan Wan Katek menyebabkan dia terperangkap. Malangnya bukan dia terpaksa berkahwin dengan Wan Katek, tetapi dengan seorang mat komando! Bukan sahaja bermisai lentik seperti pelepah kelapa, malah berjambang seperti bigfoot.

Selepas akad nikah, barulah Aufa Dhiya menyedari suaminya itu bukanlah mat komando sesat, tetapi seorang pelakon yang baru sahaja memenangi anugerah artis paling popular. Itulah akibatnya mahu berkahwin terburu-buru, sampaikan bakal suami pun kenal melulu. Kahwin koboilah katakan. Siapa yang tidak kenal Qimie Ridzuan? Pelakon tampan yang menjadi dambaan setiap golongan!

Aufa Dhiya dan Khalish Aqimie… kedua-dua mereka mempunyai masa silam yang kelam. Aufa Dhiya mempunyai seorang ayah yang tidak bertanggungjawab. Dia dan mamanya ditinggalkan terkontang-kanting. Kerjaya ayahnya sebagai pelakon membuatkan Aufa Dhiya cukup anti dengan golongan itu. Khalish Aqimie pula ditinggalkan di rumah anak yatim oleh ibunya yang tidak bertanggungjawab. Hidup bersendirian tanpa belaian ibu bapa membuatkan hati Khalish Aqimie keras seperti batu. Sungguh dia tidak kenal erti kasih sayang, dia tidak pandai mengungkap kata cinta. Apa yang dia tahu, cinta itu adalah memiliki, memiliki itu adalah mengusai. Akibatnya, tinggallah Aufa Dhiya di dalam mahligai cinta Khalish Aqimie yang dingin seperti salju. Lantaran itu, Aufa Dhiya nekad, dia harus melarikan diri!

Pemergian Aufa Dhiya membuatkan Khalish Aqimie rasa kehilangan. Bila dekat, asyik bertengkar. Bila jauh, rindu-rinduan. Mampukah Aufa Dhiya mencairkan ego Khalish Aqimie akhirnya? Sempatkah Khalish Aqimie menatap wajah kecil zuriatnya sebelum Aufa Dhiya berlalu pergi? Mampukah Liyana, si pelakon suam-suam kuku yang menggilai Khalish Aqimie mendapatkan jejaka itu? Apakah kesudahan Wan Katek yang tidak jemu-jemu memancing cinta Aufa Dhiya? Saksikan drama cinta penuh ribut dalam Kita Kahwin Koboi?

Ratings and reviews

4.2
161 reviews
asy lai
July 13, 2015
I'd read this novel within one day. Not a bad storyline, but yeah theres no comedy nor sad . But, still a great novel. Keep up the great job.
Little Iman
November 19, 2014
Mula2 saje je baca sample lepas tu terus terjebak..Mia! 5 star
1 person found this review helpful
MissA Days
November 25, 2014
xdak debit card lg moe beli..omg best kot cite nie... ^^

About the author

 Mia Kiff atau nama sebenarnya Azlisha binti Saad, berasal dari Kuala Nerang, Kedah dan dilahirkan pada 3 Disember 1983. Beliau adalah graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan Sains Kemasyarakatan (Kerja Sosial).

Beliau memilih untuk bergelar penulis sepenuh masa kerana minatnya dalam bidang penulisan. Mula menulis sejak di bangku sekolah lagi, beliau kini bergelar novelis dengan novel pertama yang bertajuk Bidadari Salju.

Novel Bukan Isteri Simpanan adalah karya kedua beliau dan yang pertama di bawah terbitan GedeBook Sdn. Bhd.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.