Merupakan seorang graduan Arkitek yang pernah berkhidmat dengan agensi kerajaan dan swasta. Pada tahun 2012, beliau telah nekad membuat keputusan untuk berhenti kerja dengan majikan untuk kembali ke rumah bagi menguruskan kebajikan anak-anak dan rumah tangga. Berbekalkan ilmu dan kepakaran yang ada, beliau telah memulakan perkhidmatan merekabentuk kediaman secara 3d dan perkhidmatan yang dijalankan 100% secara online.
Kini beliau terkenal sebagai penulis Blog Panduan Untuk Kediaman Idaman dan menjadi penulis kolum kediaman idaman majalah era muslimah. Beliau juga pernah tersiar di Majalah Impiana, MIDI, Mingguan Wanita, Nur, Era Muslimah. Selain itu turut membuat perkongsian rencana di surat khabar harian metro dan pernah berkongsi kisah di rancangan Safiyya tv9 serta MHI TV3.