Ya Allah, Jangan Biarkan Aku Sendiri

·
· PTS Publishing House Sdn. Bhd.
4.5
2 reviews
Ebook
208
Pages

About this ebook

Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma Harun bersama seorang penulis terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah s.w.t. & hadis Rasulullah s.a.w. Buku Ya Allah Jangan Biarkan Aku Sendiri dipakejkan secara bersiri, dan ia adalah buku yang kedua daripada 4 buah buku dalam siri ini.

Ya Allah Jangan Biarkan AKu Sendiri, mengumpulkan 14 topik berkenaan sifat yakin bahawa Allah adalah sebaik-baik pelindung yang dikupas dengan santai oleh Ustazah Asma Harun dan Ustaz Dwi Suwiknyo. Diselitkan juga dengan ‘Ustazah nak cerita’ daripada Ustazah Asma Harun yang membongkar kisah-kisah benar dan memberikan impak luar biasa kepada pembaca.

“Ya Allah, jika bukan Engkau yang memberikan aku keselamatan, kesihatan, nikmat, kebahagiaan dan kemudahan untuk aku menempuhi segala ranjau dunia ini, maka akan gundah gulana kehidupanku.”

“Ya Allah, bagaimana mungkin aku sombong walhal aku lemah dan hanya Engkau yang Maha Perkasa. Ya Allah, bagaimana mungkin aku menjalani hidup ini tanpa-Mu?”

“Semoga kesibukan aku di dunia tidak memalingkan hatiku daripada-Mu. Ya Allah, jangan biarkan aku sendiri walaupun sekali.”


Ratings and reviews

4.5
2 reviews

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.