Uthman Affan

· PTS Litera Utama
4.5
376 reviews
Ebook
239
Pages

About this ebook

Uthman Affan mendapat gelaran Zin Nurain yang ertinya memiliki dua cahaya kerana Rasulullah sudah mengahwinkannya dua orang puterinya iaitu Ruqayah dan kemudiannya Ummu Kalthum selepas Ruqayah meninggal dunia.

Uthman Affan antara yang terawal memeluk Islam selepas Abu Bakar As-Siddiq. Beliau antara 10 sahabat Rasulullah yang dijamin masuk syurga. Beliau terkenal dengan silat lemah lembut, pemalu dan berbudi pekerti mulia.

Rasulullah pernah berkata, “Saya memohon kepada Tuhanku supaya tidak ada seorang pun yang pernah menjadi menantuku ataupun menjadi mentuaku dimasukkan ke dalam neraka.”

Beliau berkata lagi,"Tiap-tiap nabi mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku di dalam syurga."

Ramai berpendapat punca kekecohan yang berlaku pada masa pemerintahan Khalifah Uthman Affan adalah kerana campur tangan keluarga Bani Umaiyah dalam urusan pentadbiran negara.Contohnya beliau melantik Marwan al-Hakam menjadi setiausahanya. Kemudian memecat Amru al-Ash sebagai Gabenor Mesir digantikan dengan Abdullah bin Saad. Beliau juga dikatakan mengutamakan keluarga sendiri.

Ratings and reviews

4.5
376 reviews
Nur Hidayah Ayoep
August 2, 2015
I don't know why it seems like the content of the book is corrupted when the pages are repeated over and over again in my library. Everytime I click on the new page, the same page will pop out. Can I have another copy of the book? I wanted to read this book so much but the problem I had disengages my interest.
syalliq iman
March 10, 2015
Walaupon dah baca semua karya Abdul Latip ini. Saya still berminat nak mmbaca kisah2 para sahabat Nabi. Yang saya tak suka. Play store ini dah jadi macam Datuk Seri Najib pula. Permainan Wang. Emmm ~~~ please ilmu2 mcm ni kasi je download free. Ramai adik2 sedara kawan2 saya yg terpaksa meminjam buku dan bergilir2 meminjam buku dari saya. Sekarang zaman teknologi IT dihujung jari. Pandai letak harga pulak kad sini. Hais ~~
7 people found this review helpful
lala
March 15, 2015
Kalau lar kat luar murah camni... 😍 dah ada byk koleksi novel sejarah islam abdul latip talib...mmg best baca 👍... tapi hasrat nk beli buku sultan muhamad al fateh xkesampaian lagi...dah baca, tapi belum miliki buku tu..huhuu

About the author

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan pada 2 Jun 1954 mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre;skrip drama tv, cerpen, puisi, dan novel.

Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. 

Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.