Dua Nyawa, Satu Cinta

· GedeBook
3.9
260 reviews
Ebook
810
Pages

About this ebook

HUMAIRAH- hidupnya dipenuhi dengan pelbagai soalan yang nyata tidak menemukan sebarang jawapan. Lebih memelikkan, di mana permulaan hubungan dingin dia dengan Fadzlan? Khilaf apa yang telah dilakukannya sehingga lelaki itu memandang dia bagai seorang musuh yang harus diperangi? Sungguh, tiada apa-apa yang tinggal di dalam peti ingatan!

“Satu kebetulan yang begitu menakjubkan. Humairah kami muncul depan mata. Nama sama, paras serupa. Awak umpama jelmaan Humairah kami yang dah hilang beberapa tahun lamanya.” – Haikal

Antara percaya atau tidak, kini dia berdiri di tengah-tengah. Siapa dia sebenarnya? Ingatan masa lampau tiada tersisa dalam fikiran melainkan mimpi-mimpi yang kerap menjengah kala dia menelusuri lembah tidak berdinding itu. Ara… ‘Humairah’ yang seorang lagi- kerap muncul dalam ilusi. Sering membisik bicara yang menokok lagi keserabutan akal fikiran.

“Siapa Mai sebenarnya? Dan dia… perempuan dalam gambar ni… Ara. Nama dia Ara. Paras kami serupa. Seolah orang yang sama. Atau memang orang yang sama?”

Dia terus mencari. Jawapan itu kian menjelma depan mata dan untaian misteri yang berserabut semakin terlerai satu per satu. Humairah… atur langkahnya nyaris meragut nyawa sendiri!

2 Nyawa 1 Cinta

Ratings and reviews

3.9
260 reviews
Ma Sha
June 20, 2016
cerita yg best. not like normal typical novel yang berunsurkan cinta & kahwin paksa. plot yang menarik, jalan cerita dgn susanan elok, suspen yang best...membuatkan kita nak tahu apa yg berlaku....tak rugi beli...and 818 pages for 9.90...for me berbaloi. ps: this story not suite for ppl whom seeking for romantic story. itz more to mysteri. A big thumbs up to the author!!!
1 person found this review helpful
Isa yunusLIVE
October 19, 2014
first skali korang kene guna kad kredit...pakai google wallet pn blh...
zati 21
October 1, 2014
Klo ad bku ni lgi best.
4 people found this review helpful

About the author

Hanah Rishas atau nama sebenarnya Salwati binti Haris, berasal dari Johor dan dilahirkan pada 18 Mac 1987. Beliau adalah graduan Universiti Teknikal Malaysia Melaka dalam jurusan Sains Komputer (Media Interaktif). Meminati bidang penulisan sejak di bangku sekolah dan mula serius menulis sekitar tahun 2011. Blog i’m tiny-little different dijadikan medan untuk berkongsi karya dengan pembaca. Beliau bergelar novelis dengan novel pertama yang bertajuk Cinta dalam Hati. Novel 2 Nyawa 1 Cinta adalah karya kedua beliau dan yang pertama di bawah terbitan GedeBook Sdn. Bhd.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.