Doa adalah satu ibadah yang sering dilakukan oleh semua umat Islam, namun tidak ramai yang tahu khasiat setiap doa yang diucapkan, pengertiannya, adab-adabnya serta pelbagai lagi perkara tentangnya.
Oleh itu, buku ini menyediakan pengetahuan asas mengenai amalan berdoa supaya kanak-kanak mendapat gambaran yang lebih jelas tentang amalan harian ini.