AFIFF - Bagi Dania, Afiff adalah lelaki paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya.
Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu,
Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain?
Mia Kiff atau nama sebenarnya Azlisha binti Saad, berasal dari Kuala Nerang, Kedah dan dilahirkan pada 3 Disember 1983. Beliau adalah graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam jurusan Sains Kemasyarakatan (Kerja Sosial).
Beliau memilih untuk bergelar penulis sepenuh masa kerana minatnya dalam bidang penulisan. Mula menulis sejak di bangku sekolah lagi, beliau kini bergelar novelis dengan novel pertama yang bertajuk Bidadari Salju.
Novel Bukan Isteri Simpanan adalah karya kedua beliau dan yang pertama di bawah terbitan GedeBook Sdn. Bhd.