Sherlock Holmes: 4 Pemburu Harta - Edisi Bahasa Melayu

Penerbit-X
Free sample

Selepas kehilangan bapanya secara misteri, seorang wanita muda, Mary Morstan saban tahun menerima sebutir mutiara yang berkilauan daripada seseorang yang tidak diketahui. Pada suatu hari, orang tersebut menjemputnya untuk bertemu, dan mengatakan wanita muda itu telah dianiaya. Sherlock Holmes dan Dr. Watson menemani Mary Morstan bertemu dengan pengirim misteri tersebut. Sebelum kisah sebenar tentang mutiara-mutiara yang diterima wanita muda itu terungkai, mereka berhadapan dengan satu kes pembunuhan pelik, di mana seorang lelaki ditemui kejang, mati dibunuh di dalam bilik berkunci dengan mesej yang bertulis 'Sumpah Empat Sahabat'. Sherlock Holmes dan Dr. Watson mula melakukan siasatan. Tanpa diduga, kisah mutiara mewah yang misteri itu membuka lembaran dendam yang jauh dibawa dari kepulauan Andaman, ketika perang pemberontakan di India. Kisah tentang harta berdarah dan nyawa-nyawa yang melayang kerananya!
Read more
Loading...

Additional Information

Publisher
Penerbit-X
Read more
Published on
Aug 28, 2018
Read more
Pages
194
Read more
ISBN
9789673693924
Read more
Read more
Best For
Read more
Language
Malay
Read more
Content Protection
This content is DRM protected.
Read more

Reading information

Smartphones and Tablets

Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.

Laptops and Computers

You can read books purchased on Google Play using your computer's web browser.

eReaders and other devices

To read on e-ink devices like the Sony eReader or Barnes & Noble Nook, you'll need to download a file and transfer it to your device. Please follow the detailed Help center instructions to transfer the files to supported eReaders.
 Pada 15 hari bulan Mac 2002, seorang ahli sejarah amatur dan bekas pegawai tentera laut Inggeris, Gavin Menzies telah berucap dalam satu majlis anjuran persatuan The Royal Geographical Society di London. Selama 15 tahun beliau mengkaji tentang pelayaran armada Dinasti Ming yang dipimpin oleh Laksamana Cheng Ho. Antara kandungan ucapan beliau yang paling menggemparkan dunia ialah bahawa armada China merupakan kumpulan orang pertama yang meredah Lautan Atlantik untuk sampai di benua Amerika. Ini bererti armada China ‘menemui’ Amerika 70 tahun lebih awal daripada tokoh Eropah terkenal Christopher Columbus. Sudah menjadi asas kepercayaan para ahli sejarah barat bahawa Columbus adalah orang yang pertama menemui Amerika. Apabila teori Gavin Menzies tersebar, maka tercetuslah polemik di kalangan cerdik pandai dan seluruh masyarakat dunia. Beliau menerima beribu-ribu surat dan beratus ribu e-mel yang memberikan pelbagai maklumat dan bukti bagi menyokong teori Gavin Menzies. Namun tidak kurang juga yang membantah. Apa pun, melalui surat dan e-mel itu beliau telah mendapat banyak maklumat baru bagi menguatkan hujah beliau. Maklumat itu telah mendorong beliau menulis buah buku kontroversi, 1421: The Year China Discovered the World. Lebih kurang 600 tahun sebelum ucapan Gavin Menzies itu, iaitu pada tahun 1381 seorang budak berumur 11 tahun telah ditawan oleh tentera China Dinasti Ming yang menyerang wilayah Yunnan. Yunnan adalah sebuah kubu kuat puak yang penyokong tentera Mongol. Sudah menjadi amalan kerajaan China pada masa itu, kanak-kanak yang ditawan akan dikembiri sebelum dijadikan pembantu kepada putera serta dayang dan kerabat diraja di istana maharaja. Semenjak dari hari itu, bermulalah kehidupan kanak-kanak itu sebagai seorang yang dikembiri atau diistilahkan sebagai sida. Nama kanak-kanak itu ialah Ma Ho atau Ma Sanbao. Sesungguhnya Tuhan itu sangat adil, kerana walau pun terpaksa menjalani yang berbeza dari lelaki yang normal, Ma Ho telah ditakdirkan menjadi salah seorang pelaut, navigator, laksamana, diplomat serta duta kerajaan Ming yang paling berkuasa pada masa itu. Dari seorang budak kampung yang dilahirkan di sebuah kampung di pedalaman Yunnan, Ma Ho dibawa ke istana maharaja dan menjadi seorang yang terkenal dan sangat dikenang jasanya sehingga ke hari ini. Sesudah dilantik menjadi laksamana, beliau diberi gelaran Cheng Ho. Di kalangan masyarakat Inggeris namanya lebih dikenali sebagai Zheng He.
©2018 GoogleSite Terms of ServicePrivacyDevelopersArtistsAbout Google|Location: United StatesLanguage: English (United States)
By purchasing this item, you are transacting with Google Payments and agreeing to the Google Payments Terms of Service and Privacy Notice.