Psikologi Masyarakat Borneo

·
· Universiti Malaysia Sabah Press
5.0
1 review
Ebook
256
Pages

About this ebook

Buku Psikologi Masyarakat Borneo ini merupakan hasil inisiatif dan usaha awal penulisan oleh para ahli psikologi, kaunseling dan kerja sosial di Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Buku pertama ini mengandungi tiga belas bab dan penulisannya adalah berdasarkan kepada dapatan kajian empirikal yang dijalankan di Sabah. Sabah yang terletak di Kepulauan Borneo kaya dengan kepelbagaian dan keunikan etnik, budaya, tradisi, bahasa dan gaya hidup menarik. Kepelbagaian dan keunikan yang ada di Sabah ini telah menarik aktivis sosial dan para ilmuwan daripada pelbagai disiplin, termasuklah bidang psikologi untuk menjalankan kajian. Dalam buku ini, para ilmuwan psikologi, kaunseling dan kerja sosial telah membincangkan pelbagai aspek psikologikal seperti persepsi, kesejahteraan, kegembiraan, identiti etnik, identiti seksual, konsep kedewasaan dan perhubungan pasangan yang berkahwin dalam kalangan masyarakat Sabah dari pelbagai etnik.

Setiap bab dalam buku ini pastinya akan dapat membantu meningkatkan pemahaman pembaca tentang konsep psikologi yang jarang sekali dikaitkan dengan kepercayaan, amalan, tradisi dan budaya etnik yang ada di Kepulauan Borneo. Pada edisi yang akan datang, aspek perbincangan akan turut diperluaskan di kawasan lain di rantau Borneo.

Ratings and reviews

5.0
1 review

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.

Similar ebooks