Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi?

· PTS Professional
4.4
5 reviews
Ebook
231
Pages

About this ebook

BAHASA cerminan fikiran, akal budi, budaya, jiwa atau roh sesuatu bangsa. Keintelektualan dan tamadun bangsa yang besar di dunia jelas merupakan bukti peranan terbesar bahasa sesuatu bangsa. Sejarah klasik dan moden membuktikan bahawa tamadun terbangun oleh bangsa yang memartabatkan bahasanya sendiri. Kejayaan bangsa Arab, China, Rusia, Jerman, Perancis, Jepun, Korea malah bangsa Inggeris, jelas daripada usaha yang bersungguh-sungguh memartabatkan bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi.

Bahasa asing dikuasai pada awalnya sebagai alat bagi menimba ilmu dan kemudiannya ilmu itu disebarkan kepada anak bangsa dalam bahasa sendiri. Kesedaran akan kepentingan menguasai pelbagai bahasa lain di negara itu tidak sekali-kali mengubah dasar bahasa di institusi pendidikan di negara berkenaan. Jati diri dan acuan mereka begitu teguh dan kental malah tidak tergugat oleh sebarang anasir ataupun hanyut oleh arus globalisasi. Mereka tidak pernah mengelirukan diri sendiri, antara peri pentingnya menguasai bahasa lain dengan usaha mendaulatkan bahasa sendiri. Menelusuri 'perjalanan bahasa' di Malaysia khususnya bahasa Melayu, kita bertemu dengan pelbagai kerenah dan isu sejak sebelum merdeka, menjelang kemerdekaan, pascamerdeka dan sehingga kini yang sentiasa menggugah, menguji dan mencabar kedaulatan, maruah dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu walaupun telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, “Bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh Parlimen...”(1999:221) atau dalam versi Inggerisnya, “The national language shall be the Malay language and shall be in such script as Parliament may by law...”(1986:143)

Ratings and reviews

4.4
5 reviews
J A
February 9, 2016
Bahasa Melayu Apa Sudah Jadi?
1 person found this review helpful
Did you find this helpful?
Vi Vo
November 1, 2019
I love it
1 person found this review helpful
Did you find this helpful?

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.