Selamatkan nyawa, jadilah adiwira. Pertolongan Cemas di dalam poket anda.
Mudah. Percuma. Ia boleh menyelamatkan nyawa.
Aplikasi Pertolongan Cemas IFRC yang rasmi menyediakan akses pantas kepada maklumat yang anda perlukan untuk mengendali kes-kes pertolongan cemas yang kerap berlaku dan petua keselamatan untuk situasi krisis. Dengan kuiz-kuiz yang interaktif serta senario pertolongan cemas langkah demi langkah yang mudah, mempelajari pertolongan cemas menjadi lebih mudah.
Pembelajaran yang menarik dan aktif membolehkan anda untuk melihat dan memantau tahap kemajuan anda, membina pengetahuan anda serta meningkatkan keyakinan dalam kemahiran dan keupayaan anda untuk memberi bantuan dalam kecemasan.
Petua-petua keselamatan termasuk keselamatan di kawasan air dan di jalan raya membantu anda dalam membuat persiapan bagi menghadapi kecemasan.
Kandungan pramuat bermaksud anda mempunyai akses kepada semua maklumat pada bila-bila masa, walaupun tanpa sambungan selular atau sambungan WiFi.
Kuiz interaktif membolehkan anda untuk mendapatkan lencana yang anda boleh kongsikan dengan rakan serta berkongsi pengetahuan anda dalam menyelamatkan nyawa.
Meningkatkan keupayaan berbilang bahasa tanpa mengira lokasi pengguna.
Pautan ke Palang Merah atau Bulan Sabit Merah setempat anda di tapak serta latihan dalam talian.
Berhubung dengan sepenuhnya dengan nombor kecemasan (seperti 911, 999, 112, dan lain-lain) supaya anda boleh berhubung untuk mendapatkan bantuan melalui aplikasi pada bila-bila masa, walaupun ketika sedang merentasi sempadan.
Dikemas kini pada
15 Okt 2024