5K+
Muat turun
Rating kandungan
Semua orang
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin
Imej tangkapan skrin

Perihal apl ini

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalin kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam membangunkan aplikasi Pendidikan Islam Sepanjang Hayat yang dinamakan sebagai Smart Muslim.

Objektif pembangunan aplikasi ini bertujuan untuk:

• Menyediakan satu mekanisme pembelajaran dasar pendidikan Islam kepada semua lapisan masyarakat dan semua peringkat umur
• Menarik minat masyarkat terutamanya golongan belia untuk mengikuti pembelajaran asas pendidikan Islam di masjid dan surau
• Menyebarluaskan konsep dakwah melalui pembelajaran secara dalam talian

Aplikasi mudah alih ini akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan peringkat umur untuk meningkatkan pengetahuan, pemahaman dan asas penguasaan dalam pendidikan Islam.

Kandungan aplikasi mudah alih Smart Muslim ini direka berdasarkan Kurikulum Kelas Pengajian Takmir Masjid dan Surau JAKIM serta mendapat pengesahan dari Persekutuan Peringkat Agama Berkuasa di Malaysia dan diperakui dari segi kesahihan maklumatnya.

Aplikasi ini dibangunkan dengan memberi tumpuan kepada golongan belia sebagai sasaran kumpulan iaitu mereka yang terdiri daripada:

• Belia yang berminat mengikuti kelas pengajian masjid dan surau;
• Belia yang tidak berkesempatan untuk mengikutinya;
• Belia yang masih belum mempunyai minat untuk menghadiri kelas pengajian masjid dan surau.

Bagi fasa pertama, pembangunan kandungan aplikasi ini merangkumi 5 tajuk bidang fiqh iaitu Bersuci, Solat, Qurban, Zakat dan Pengurusan Jenazah. Seramai dua orang Felo Penyelidik Fatwa JAKIM bertindak sebagai penilai panel untuk menyemak, menilai dan mengesahkan kesesuaian kandungan aplikasi yang dibangunkan. Rujukan utama kandungan aplikasi pembangunan ini adalah:

• Kitab Fiqh Al-Manhaji Mazhab Syafie diterbitkan oleh JAKIM
• Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Terjemahan Al-Quran) yang diterbitkan oleh JAKIM
• "Kitab Hadis Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim" dan "Kitab Sunnan Sittah" (Rujukan Hadits).
Dikemas kini pada
6 Jul 2020

Keselamatan data

Pembangun boleh menunjukkan maklumat di sini tentang cara apl mereka mengumpul dan menggunakan data anda. Ketahui lebih lanjut tentang keselamatan data
Tiada maklumat yang tersedia

Terbaharu

Bug Fix