PPTSA Alerts adalah aplikasi untuk pemantauan aras air sungai dan amaran awal banjir bagi komuniti Taman Saujana Aman, Sungai Buloh, Selangor. Aplikasi ini direka khas untuk membantu komuniti dan pihak berkaitan bersiap siaga menghadapi kemungkinan banjir.
Ciri-ciri Utama:
1. Pemantauan Masa Nyata: Memaparkan paras air sungai terkini di stesen Saujana Aman dan kawasan sekitar.
2. Notifikasi Automatik: Menghantar amaran awal (Waspada, Amaran, Bahaya) terus ke telefon pengguna melalui Push Notification.
3. Visual CCTV: Membolehkan pengguna melihat keadaan sungai melalui imej CCTV.
4. Carta Trend: Memaparkan graf kenaikan atau penurunan paras air untuk analisis trend 24 jam.
5. Dashboard: Halaman utama yang mesra mudah alih dengan indikator status yang jelas dan akses pantas.
Pantau paras air sungai dan terima amaran banjir di kawasan komuniti PPTSA.