30 Strategi Membina Pengaruh

· PTS Millennia
3.7
21条评价
电子书
200

关于此电子书

 Tentu anda ingin tahu: Bagaimana mendaki tangga pengaruh hingga ke puncaknya. Bagaimana tokoh-tokoh agung sepanjang zaman bermula sebagai orang biasa, namun akhirnya berjaya muncul sebagai individu berpengaruh. Pelbagai perspektif berkaitan pengaruh dan strategi mengembangkan pengaruh kepada orang yang lebih berpengaruh daripada kita. Kisah-kisah masyhur yang menyuntik semangat kita untuk muncul berpengaruh dan memanfaatkan pengaruh ke arah suasana sekeliling yang positif.

30 Strategi Membina Pengaruh menawarkan teknik mencipta pengaruh dalam pelbagai dimensi kehidupan. Ia memecahkan mitos lapuk iaitu hanya segolongan kecil manusia yang mampu muncul berpengaruh dan mempengaruhi orang di sekeliling mereka.

Buku ini menjelaskan teknik bagaimana membina pengaruh dari dalam ke luar. Tip-tip yang dikongsi dalam buku ini diadun berdasarkan cerita dari pelbagai sumber meliputi temu ramah, kajian kes, pemerhatian dan rujukan daripada pakar-pakar. Buku ini menampilkan perspektif yang segar mengenai pengaruh dan bagaimana ia boleh dibina, digilap dan diserlahkan oleh setiap individu yang mahu mendaki tangga pengaruh.

评分和评价

3.7
21条评价

作者简介

Zamri Mohamad dilahirkan pada 17 November 1981 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) jurusan komunikasi dalam pengk hususan kewartawanan dan media. Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.
"Apabila kita menulis, berani berangan-angan dan penuhi impian itu. Mulakan dengan apa di tangan."
Zamri Mohamad adalah pengasas web kursuspenulisan.com, beliau melatih para penulis baru bagi keperluan akhbar, majalah dan buku. Beliau sendiri telah menulis lebih 20 buah buku dan bertambah setiap tahun. Kaedah yang digunakan diajarkan kepada orang lain berdasarkan formula 3P iaitu Penulis, Penulisan dan Pemasaran.
Melalui kursuspenulisan.com, beliau telah melatih dan membangunkan komuniti penulis berbahasa Melayu di Australia, Singapura dan Malaysia.
Top finalis Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR Berita Harian ini pernah muncul di media nasional.
Antaranya RTM, TV3, Astro Awani, Al Hijrah, TV9, Astro Ceria, Astro Awani, BERNAMA, Kosmo, Utusan, Berita Harian, Sinar Harian, Harian Metro dan Malay Mail.
Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, I dan Mutiara Minda.
Beliau mengasaskan kursuspenulisan.com sebagai kelas hujung minggu yang aktif untuk kumpulan kecil selain daripada agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan.

Haeqal Zulqarnain dilahirkan pada 14 Januari 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah seorang pelajar di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah sebelum melanjutkan pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Antara bahan bacaan yang memberi kesan kepada beliau adalah buku-buku tulisan John C. Maxwell, Dale Carnegie, dan Robert B. Cialdini.
Beliau kini sedang membuat kajian mengenai teori serta teknik kepimpinan dan pengaruh berdasarkan tokoh-tokoh dalam sejarah Islam. Hasil kajian ini sudah dan akan dimuatkan dalam buku-buku tulisan beliau.

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。