500 Kompilasi Resipi Chef Hanieliza

· PTS Publishing House Sdn. Bhd.
4.5
78 reviews
eBook
304
Pages

About this eBook

 500 Kompilasi Resipi ini adalah gabungan dari 15 buku senangnya memasak (Edisi Kedua). Terdapat pelbagai resipi baru seperti, nasi minyak buah kurma, nasi pudina, donut kentang, ikan pesmol, kalio daging, bebola daging lada hitam, pavlova, puding buih, ikan kukus asam boi, dan banyak lagi resipi lain.

Setiap resipi disediakan cara membuat yang terperinci dan mudah difahami bagi memudahkan pembaca mencuba setiap hidangan.

Selamat Mencuba!

Ratings and reviews

4.5
78 reviews
Mazlena Abu Bakar
13 September 2019
Tq so much to dearest Chef Hana... Mula jatuh hati pada salah sebuah buku resipi beliau sejak belasan tahun lalu. Jadi ikon rujukan buat saya memulakan bisnes gerai minum petang secara kecil2an waktu mula berhijrah ke Selangor. Produk utama (pisang goreng) benar2 laris & terjual laksana "PISANG GORENG PANAS" 😉. Beroperasi selama belasan tahun juga & alhamdulillah jadi sebutan di kalangan warga setempat pada masa itu. Paling berharga....menjadi punca rezeki utama menyara kehidupan keluarga membesarkan 4 anak2 yang masih di alam persekolahan. Terima kasih sekali lagi & semoga AMAL JARIAH ini akan menyumbang pahala berterusan buat diri Chef sekeluarga jua hendaknya. Amin
5 people found this review helpful
Did you find this helpful?
Mayang Mairon
14 July 2017
Saya saja membeli secara online di google play tetapi tak dapat file yang saya beli... Koleksi 500 Resepi Chef Hanieliza....,
3 people found this review helpful
Did you find this helpful?
normah kassim
10 August 2015
Best meals made easy.Adopt and adapt possibilities unlimited.
16 people found this review helpful
Did you find this helpful?

About the author

 Chef hanieliza berasal dari Kuala Lumpur dan sudah menetap di Kerteh, Terengganu selama 26 tahun. Chef Hanieliza mula aktif dalam bidang masakan sejak berumur 26 tahun. Pengalamannya dalam bidang yang diminatinya ini amat luas. Antaranya beliau aktif menjadi guru masakan di tempat Kerteh, Terengganu selain aktif menulis resipi masakan dalam blognya (http://hanieliza.blogspot.com), dan fotopages (http://hanieliza.fotopages.com) selain aktif dalam forum masakan di internet.

Chef Hanieliza sudah menghasilkan dua buah buku iaitu Aneka Talam & Lapis pada tahun 2006 terbitan Alaf 21 dan terlibat dengan Majalah JELITA sebagai chef jemputan untuk Hidangan Pengantin pada Ogos 2007 dan Juadah Terengganu pada September 2008. Chef Hanieliza juga pernah menjadi chef jemputan untuk Majalah SAJI yang menghidangkan 23 Masakan dan Kuih-muih Terengganu pada Mei 2008. Selain itu, beliau pernah menjadi chef jemputan di TV2 dalam rancangan RENGKAS PAGI, terbitan Nafalia Corporation. Chef Hanieliza juga pernah memenangi pertandingan memasak di Dungun dan Kerteh.

Sejak Jun 2009, hingga Ogos 2009, beliau sudah menghasilkan 10 buah buku Senangnya Memasak dengan PTS Millennia Sdn. Bhd. Dalam tempoh tiga bulan sahaja, buku-buku resipinya sudah habis terjual 10 ribu naskhah dan 5 daripadanya sudah diulang cetak. Sejak menjadi penulis buku resipi Senangnya Memasak, beliau aktif dijemput bagi melakukan demo masakan di rancangan Wanita Hari Ini, TV3 dan Rancangan Nasi Lemak Kopi O, di TV9. Selain itu, beliau juga dijemput membuat demo masakan di MPH Mid Valley dan Popular Ikano sempena Pesta buku Popular. Chef Hanieliza sering menerima komen positif, ucapan tahniah dan ucapan terima kasih daripada peminat-peminat setianya termasuk pembaca yang pernah mencuba resipi-resipi dalam buku resipi Senangnya Memasak.

Rate this eBook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Centre instructions to transfer the files to supported eReaders.