Dale Breckenridge Carnegie dilahirkan pada 24 November 1888 adalah seorang penulis dan pengajar dari Amerika Serikat dan seorang pelatih serta motivator di pelbagai kursus pembangunan diri, penjualan, kewangan, public speaking dan keterampilan interpersonal. Dilahirkan dari keluarga miskin di pertanian di Missouri, beliau adalah penulis dari buku Bagaimana Memenangi Hati Kawan dan Mempengaruhi Orang Lain, yang diterbitkan di tahun 1936. Buku tersebut adalah bestseller di seluruh dunia sehingga kini. Beliau juga menulis biografi Abraham Lincoln, berjudul Lincoln the Unknown, serta beberapa buku yang lain.