Diari Abah: Berfikir Dengan Hati, Berperasaan Dengan Akal

· Hasrizal Abdul Jamil
4,5
28 recensioner
E-bok
305
Sidor

Om den här e-boken

Lebih banyak seorang abah membabitkan diri di dalam keluarga, lebih positif perkembangan diri anak-anak. Ketika al-Sunnah banyak menekankan kemuliaan emak, al-Quran pula mendahulukan pelajaran buat abah dengan menyenaraikan sekumpulan bapa untuk hadir memberi teladan praktikal. Ia memberi panduan bagaimana sebuah institusi keluarga memerlukan abah berperanan sebagai tunggak demi melunaskan amanah Allah yang terpikul di atas bahunya. Para rasul seperti Ibrahim, Yaaqub dan Syuaib, hadir bersama iktibar yang rabbani, seiring dengan Luqman sebagai watak abah yang khusus, dalam merangka nasihat penuh hikmah untuk anaknya. Naskhah DIARI ABAH ini adalah catatan seorang insan fakir yang cuba melakukan muhasabah ke atas kebapaannya merentas usia rumahtangga, keluarga dan anak-anak menuju dewasa.

Betyg och recensioner

4,5
28 recensioner

Om författaren

Hasrizal Abdul Jamil berasal daripada Ipoh, Perak. Beliau seorang graduan Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001. Pernah berkhidmat sebagai Minister of Religion di Belfast Islam Centre di bawah tajaan The Al-Maktoom Foundation, UAE di samping bertugas sebagai Muslim Chaplain di The Queen’s University, Ireland Utara.


Kini, beliau bermastautin di Oulu di Finland.. Beliau berkhidmat sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah yang menguruskan Khalifah Model School (Rendah) dan Khalifah Model School (Menengah). Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan menyemak dan menganalisis kurikulum dan sistem Pendidikan Negara untuk penambahbaikan bersama 12 orang pakar pelbagai bidang yang telah dilantik sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.


Selain kegiatannya yang aktif dalam relung pendidikan, Hasrizal terlebih dahulu dikenali sebagai seorang penulis yang prolifik terutamanya melalui blog utama beliau www.saifulislam.com.


Karangan yang menaikkan nama beliau suatu ketika dahulu adalah Aku Terima Nikahnya yang diterbitkan pada tahun 2008. Sehingga kini, 18 buah buku telah beliau karang. Penulis juga aktif berkongsi pelbagai renungan di samping travelog hidupnya di Facebook (@hasrizalabduljamil), Twitter (@hasrizal2020), Instagram (@iamhasrizal) dan Youtube (@iamhasrizal).

Betygsätt e-boken

Berätta vad du tycker.

Läsinformation

Smartphones och surfplattor
Installera appen Google Play Böcker för Android och iPad/iPhone. Appen synkroniseras automatiskt med ditt konto så att du kan läsa online eller offline var du än befinner dig.
Laptops och stationära datorer
Du kan lyssna på ljudböcker som du har köpt på Google Play via webbläsaren på datorn.
Läsplattor och andra enheter
Om du vill läsa boken på enheter med e-bläck, till exempel Kobo-läsplattor, måste du ladda ned en fil och överföra den till enheten. Följ anvisningarna i hjälpcentret om du vill överföra filerna till en kompatibel läsplatta.