Dipandang Cantik, Perasaan Gembira: Sifat-sifat semulajadi seorang wanita; seperti rambut, kulit dan kuku apabila dijaga dengan baik dan diperkemaskan boleh membuatkan wanita itu berseri-seri, menarik dan menggodakan

· Oak Publication Sdn Bhd
电子书
40

关于此电子书

Sejak beberapa tahun yang lalu, kita banyak mempelajari mengenai nutrisi dan kejelitaan. Misalnya, manakala kita tidak dapat menghentikan proses penuaan itu sendiri, kita boleh melambatkannya; bahkan dalam sesetengah kes memansuhkan kesan-kesan penuaan yang dapat dilihat. Buku ini mengandungi berbagai maklumat terkini mengenai nutrisi dan kesihatan rambut, kulit dan kuku anda. Berbagai masalah dibincangkan, seperti kuku yang retak dan memecah, kulit yang kering dan berkedut, rambut yang nipis dan pudar, dan banyak lagi. Manakala kecantikan fizikal seharusnya tidaklah dianggap begitu penting, namun ramai wanita ingin menampilkan wajah yang cantik serta ingin berperasaan bahawa diri mereka itu menawan. Badan anda mencerminkan imej diri anda dan perasaan anda terhadap diri anda sendiri. Rupa paras anda boleh mempengaruhi tahap yakin diri dan harga diri anda. Pada zaman Yunani purba, Aristotle dirakamkan sebagai berkata, “Kecantikan peribadi merupakan sokongan yang lebih hebat daripada mana-mana surat pengenalan.”

 

Kejelitaan tulen menyinari dari dalam, dan wanita yang paling jelita ialah wanita yang mempunyai wajah luaran yang berseri-seri dan mencerminkan keharmonian dalaman. Lebih daripada pakaian, kosmetik, atau fesyen rambut, kejelitaan bergantung kepada kesihatan yang sempurna dari segi jasmani, emosi, dan rohani. Sifat-sifat wanita yang semulajadi, seperti rambut, kulit dan kuku, apabila disuburi dengan nutrisi optimum, boleh membuatkan wanita itu kelihatan cantik dan menarik. Ramai wanita sanggup berbelanja jumlah wang yang besar untuk membuatkan mereka kelihatan menarik dari luar. Selepas membaca buku ini, saya harap anda bersedia membelanjakan wang dan masa sebanyak itu juga untuk membuatkan anda kelihatan sihat dari dalam. Pasti pelaburan anda ini akan mendatangkan pulangan yang beberapa kali ganda besarnya!

为此电子书评分

欢迎向我们提供反馈意见。

如何阅读

智能手机和平板电脑
只要安装 AndroidiPad/iPhone 版的 Google Play 图书应用,不仅应用内容会自动与您的账号同步,还能让您随时随地在线或离线阅览图书。
笔记本电脑和台式机
您可以使用计算机的网络浏览器聆听您在 Google Play 购买的有声读物。
电子阅读器和其他设备
如果要在 Kobo 电子阅读器等电子墨水屏设备上阅读,您需要下载一个文件,并将其传输到相应设备上。若要将文件传输到受支持的电子阅读器上,请按帮助中心内的详细说明操作。