Diari Abah: Berfikir Dengan Hati, Berperasaan Dengan Akal

· Hasrizal Abdul Jamil
4.5
28 reviews
Ebook
305
Pages

About this ebook

Lebih banyak seorang abah membabitkan diri di dalam keluarga, lebih positif perkembangan diri anak-anak. Ketika al-Sunnah banyak menekankan kemuliaan emak, al-Quran pula mendahulukan pelajaran buat abah dengan menyenaraikan sekumpulan bapa untuk hadir memberi teladan praktikal. Ia memberi panduan bagaimana sebuah institusi keluarga memerlukan abah berperanan sebagai tunggak demi melunaskan amanah Allah yang terpikul di atas bahunya. Para rasul seperti Ibrahim, Yaaqub dan Syuaib, hadir bersama iktibar yang rabbani, seiring dengan Luqman sebagai watak abah yang khusus, dalam merangka nasihat penuh hikmah untuk anaknya. Naskhah DIARI ABAH ini adalah catatan seorang insan fakir yang cuba melakukan muhasabah ke atas kebapaannya merentas usia rumahtangga, keluarga dan anak-anak menuju dewasa.

Ratings and reviews

4.5
28 reviews
fay fathir
January 27, 2023
Touches many aspects of family. Culture, spiritual, emotional, intellectual and all well worded and presented.
Did you find this helpful?
Faris Faisal
July 1, 2020
1. Tips keibubapaan melalui teknik penceritaan pengalaman yang ditempuhi penulis. Membaca buku ini membuatkan saya tidak berhenti untuk mengetahui setiap isi bab di dalam buku ini. 2. Penulisan yang santai dan sesuai di baca untuk setiap lapisan masyarakat. Saya syorkan kepada bakal pengantin baru dan yang sudahpun berumah tangga untuk membaca buku ini. Terima kasih penulis di atas buku ini!
6 people found this review helpful
Did you find this helpful?
Nik Muhd Aizat
June 29, 2020
Assalamualaikum En. Hazrizal dan semua. Alhamdulillah, saya, Nik Muhammad Aizat, selesai membaca e buku ini pada hari Isnin 29 Jun 2020. Alhamdulillah jua kerana saya mendapat banyak input untuk menjadi seorang bapa kepada anak anak saya. Saya hargai pesanan Ustaz iaitu di bahagian penutup dan dua perkara ini, yang akan saya bawa dalam kehidupan saya sebagai seorang Baba tiap tiap hari. Teruskan menulis En. Hazrizal. Semoga ALLAH Taala sentiasa menjaga dan memberkati kehidupan Ustaz Hazrizal, isteri dan keluarga... Ameen.
6 people found this review helpful
Did you find this helpful?

About the author

Hasrizal Abdul Jamil berasal daripada Ipoh, Perak. Beliau seorang graduan Sarjana Muda Syariah (Kepujian) di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun 2001. Pernah berkhidmat sebagai Minister of Religion di Belfast Islam Centre di bawah tajaan The Al-Maktoom Foundation, UAE di samping bertugas sebagai Muslim Chaplain di The Queen’s University, Ireland Utara.


Kini, beliau bermastautin di Oulu di Finland.. Beliau berkhidmat sejak tahun 2014 sebagai Pengarah Pendidikan di Yayasan Pendidikan Khalifah yang menguruskan Khalifah Model School (Rendah) dan Khalifah Model School (Menengah). Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan menyemak dan menganalisis kurikulum dan sistem Pendidikan Negara untuk penambahbaikan bersama 12 orang pakar pelbagai bidang yang telah dilantik sendiri oleh Menteri Pendidikan Malaysia ketika itu.


Selain kegiatannya yang aktif dalam relung pendidikan, Hasrizal terlebih dahulu dikenali sebagai seorang penulis yang prolifik terutamanya melalui blog utama beliau www.saifulislam.com.


Karangan yang menaikkan nama beliau suatu ketika dahulu adalah Aku Terima Nikahnya yang diterbitkan pada tahun 2008. Sehingga kini, 18 buah buku telah beliau karang. Penulis juga aktif berkongsi pelbagai renungan di samping travelog hidupnya di Facebook (@hasrizalabduljamil), Twitter (@hasrizal2020), Instagram (@iamhasrizal) dan Youtube (@iamhasrizal).

Rate this ebook

Tell us what you think.

Reading information

Smartphones and tablets
Install the Google Play Books app for Android and iPad/iPhone. It syncs automatically with your account and allows you to read online or offline wherever you are.
Laptops and computers
You can listen to audiobooks purchased on Google Play using your computer's web browser.
eReaders and other devices
To read on e-ink devices like Kobo eReaders, you'll need to download a file and transfer it to your device. Follow the detailed Help Center instructions to transfer the files to supported eReaders.